Blogger Widgets

Khamis, 25 April 2013

Tertekan Suami Kaki Perempuan



Inilah akibat dari perkembangan teknologi terutamanya dari Internet. Semuanya dilakukan di hujung jari jer. Begitulah akibat yang berlaku kepada Nora (Bukan nama sebenar) dengan suaminya yang kaki perempuan. Baca artikel soal  jawab ini.

SAYA ibu kepada empat anak. Saya sudah mendirikan rumah tangga hampir lapan tahun. Masalah yang saya hadapi sekarang ini berkaitan dengan sikap suami yang kaki perempuan.

Sejak awal perkahwinan kami lagi dia sudah ada hubungan dengan wanita lain. Apabila dapat tahu saya bagi dia peluang, tetapi dalam diam-diam dia masih ada wanita lain. 

Saya masih beri dia peluang apabila dia berjanji tidak akan melakukannya lagi. Setiap wanita yang dikenali pasti akan memberitahu saya mereka pernah ditiduri suami saya.

Sejak akhir-akhir ini, masalah datang bertimpa-timpa bukan seorang wanita tapi kebanyakannya dia kenal melalui Internet. Semuanya menyatakan pernah ditiduri suami saya dan pernah disuruh suami saya minum arak.

Terbaru saya dapat tahu dia pernah berkahwin tapi katanya dia sudah menceraikannya. Apa yang saya kesalkan dan sedih sekarang ini ialah dengan sikap dia yang suka berfoya-foya.

Saya juga menggalas tanggungjawab menjaga anak. Saya amat tertekan dengan sikapnya dan jika hendak ikutkan hati ingin saja berpisah, tetapi saya tidak tahu apa caranya.

NORA,
Kelantan



SEORANG suami sepatutnya menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab kepada anak dan isteri. Sebagai lelaki Muslim pula, beliau perlu menjaga kehormatan diri dengan tidak melakukan perzinaan yang dilarang Allah.

Ini jelas apabila Allah menyifatkan orang Mukmin yang berjaya, antaranya: “Dan mereka yang menjaga kehormatannya kecuali kepada isterinya atau hambanya, sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain yang demikian, merekalah orang yang melampaui batas.” (Surah al-Mu’minun ayat 5 hingga 7).

Dengan itu, puan mempunyai alasan kukuh untuk berpisah dengan suami yang suka berfoya-foya dan terbabit dengan zina sehingga mengabaikan rumah tangga.

Bagaimanapun, ia perlu diperiksa secara betul dan bukan atas dasar cemburu atau fitnah semata-mata. Cara terbaik ialah dengan memberitahu keluarga sendiri terlebih dahulu dan mendapat nasihat mereka.

Mereka mungkin dapat menyelesaikan kemelut rumah tangga itu. Puan boleh juga menghubungi peguam syariah yang akan memberi nasihat dan tunjuk ajar prosedur perlu diikut dalam mendapat perceraian sama ada secara fasakh atau sebagainya. Bagaimanapun, ia membabitkan kos dan masa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adverlets Banner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...