“SAYA bukan pembawa sial, saya tidak salahkan takdir kerana ia takdir
ALLAH SWT yang ditentukan-Nya,” itu luahan Nur Izah, 28, (bukan nama
sebenar) memulakan bicara ketika menceritakan detik hitam yang terpaksa
ditempuhinya.
Tragedi hidupnya bermula selepas kematian neneknya, lima tahun lalu.
Sejak dilahirkan Izah dijaga neneknya kerana ibu bapanya sibuk urusan
kerjaya.