Blogger Widgets

Selasa, 27 Ogos 2013

GAMBAR SITI NURHALIZA DUKUNG ANAK FASHA SANDHA, RAYFAL


Wah, bertuah sungguh Rayfal yer. Dapat pula didukung oleh penyanyi nombor 1 negara seperti, Dato’ Siti Nurhaliza. Sudah tentu kenangan paling bermakna untuk Rayfal. Kebetulan pula Dato’ Siti berjumpa dengan mamanya, Fasha Sandha dan paling istimewa, Dato’ Siti turut menemani Fasha menyusukan Rayfal.
Kata Fasha, ianya detik manis untuknya bersama dengan bintang yang diminatinya itu.
“Wanita yang saya yang saya hormati dan sanjung tinggi. Seorang yang sangat down to earth. Kak siti. Terima kasih kak siti temankan saya susukan Fal dalam bilik semalam. Sweet memories. Kenang sampai bila2. Will tell Fal bila Fal besar nanti.” – Fasha Sandha

GAMBAR SEKITAR MAJLIS PERTUNANGAN PELAKON, SYANIE DAN NADI PUTERA


Untuk info peminat Syanie, beliau mengesahkan sudah bertunang dengan Nadi Putera Mohd. Zainol pada 10 Ogos lalu dalam satu majlis yang diadakan di rumah pelakon itu di Petaling Jaya, Selangor. Syanie juga memaklumkan telah memilih 1 Mac 2014 sebagai hari perkahwinan mereka.
Bercerita lebih lanjut mengenai perkenalan mereka berdua sehinggalah mengikat tali pertunangan, Syanie menyatakan bahawa semuanya terjadi secara kebetulan. Ujarnya, mereka sebenarnya sudah lama mengenali diri masing-masing apabila Nadi bekerja dengan syarikat milik keluarganya kira-kira tujuh tahun lalu.
gambar pertunangan syanie dan nadi putera

Adverlets Banner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...