Blogger Widgets

Khamis, 25 April 2013

Mangga Untuk Kecantikan Dan Seks!



                                                                        Hiasan                                                                                  
Ramai orang pasti telah merasai keenakan dan kemanisan buah mangga. Buah yang asalnya dari India dan banyak ditanam di Malaysia ini sangat digemari bukan hanya oleh orang dewasa, malah kanak-kanak juga.
Tetapi pernahkah kita terfikir tentang kelebihan atau manfaat yang ada pada buah yang isinya enak dan berwarna oren kekuning-kuningan ini untuk kesihatan secara keseluruhan. Berikut disenaraikan beberapa manfaat kesihatan dan buah yang dikenali dengan nama saintifikMangifera Indica:
Kesihatan mata
Selain kaya dengan vitamin C, buah mangga memiliki kandungan vitamin A yang tinggi. Satu mangkuk hirisan mangga mengandungi sekurang-kurangnya 25 peratus keperluan harian vitamin A. Penyelidikan menunjukkan bahawa mangga berkhasiat untuk mencegah pelbagai penyakit yang berkaitan mata seperti rabun, kerosakan kornea, kekeringan dan gatal-gatal pada mata.

Mangga mempunya enzim pencernaan yang dapat membantu pemecahan protein serta membantu proses pencernaan. Ini memang diakui tanpa memberatkan fikiran kita bagaimana mekanisme atau sains di sebalik proses tersebut. Cukup dengan hanya memakan mangga kita akan tahu keberkesanan proses pencernaanya. Buah ini mengandungi enzim yangmenenangkan perut dengan mencegah keasidan dan sembelit kerana kandungan seratnya yang tinggi.
Kelancaran hubungan seks
Kandungan vitamin E dalam buah mangga dikatakan dapat meningkatkan dorongan seks seseorang dengan mengatur semula hormon seks di dalam tubuh.
Meningkatkan memori
Buah mangga mempunyai kandungan jumlah asid glutamik yang cukup. Menurut kajian gabungan ini sangat bermanfaat khususnya untuk meningkatkan daya ingatan.
Kulit lembut dan cerah
Bagi yang prihatin terhadap kesihatan, buah mangga adalah pilihan terbaik. Mengambil mangga sebagai diet dapat membuatkan kulit anda lebih lembut dan sihat. Menurut satu rencana kesihatan dan kecantikan, menyapu kulit mangga ke wajah selama lebih kurang 10 minit setiap hari dapat mengeluarkan kotoran dari pori-pori yang tersumbat. Ia dapat mengurangkan jerawat yang merupakan masalah kesihatan kulit muka yang paling tidak disenangi oleh golongan yang mementingkan seri wajah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adverlets Banner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...