Blogger Widgets

Selasa, 23 April 2013

Tanam pokok ganja untuk tujuan perubatan


SAFED – Syarikat Tikun Olam di Israel menanam sejumlah pokok ganja di sebuah lokasi rahsia di atas bukit Galilee, utara negara ini yang dikawal rapi para pengawal bersenjata.
Pagar tinggi dan kamera keselamatan dipasang bagi mengelak kawasan penanaman pokok ganja itu dimasuki penceroboh.
Menurut para penyelidik syarikat itu, pokok-pokok tersebut ditanam bagi tujuan perubatan kerana ia boleh digunakan untuk mengurangkan kesakitan.
Ganja merupakan dadah terlarang di negara ini.
Menurut Kementerian Kesihatan Israel, penggunaannya untuk tujuan perubatan dibenarkan buat kali pertama pada tahun 1993.
Pihak kementerian itu menyatakan buat masa ini, ganja digunakan untuk merawat 9,000 orang yang menghidap kanser, Parkinson, tekanan, skelrosis dan penyakit usus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adverlets Banner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...