Blogger Widgets

Sabtu, 23 Mac 2013

Lelaki Kantoi Kahwin Dua Di Facebook




Tembelang seorang lelaki beristeri dua di AS pecah selepas kedua-dua isterinya menjadi kenalan di laman perkongsian sosial Facebook. Undang-undang AS melarang lelaki memiliki lebih daripada seorang isteri pada masa yang sama. Susulan pembongkaran tersebut, seorang pegawai pemulihan akhlak, Alan L. O’Neill didakwa kerana mengamalkan bigami atau beristeri dua. Menurut kertas pertuduhan yang difailkan Khamis lalu, O’Neill mengahwini seorang wanita pada 2001, berpindah pada 2009 dan menukar namanya sebelum berkahwin lain tanpa menceraikan isteri pertamanya. 

Mati Kerana Facebook


Satu peringatan untuk pengguna facebook untuk tidak memberikan terlalu banyak maklumat peribadi diri sendiri. 

Gadis dalam gambar di bawah ini meletakkan gambar-gambar menariknya di facebook. Jadi sudah tentu ramai yang akan meminta untuk menjadi kawan dan dia pun menerima pelawaan tersebut.

Tetapi, salah seorang dari rakannya memintanya untuk bertemu dan menurut sumber yang perolehi, ia berkaitan denga seks. Tetapi gadis ini tidak mahu. Malangnya, dia telah meletakkan semua info di facebook seperti alamat dan nombor telefonnya. Sehingglah 'rakannya' muncul di rumahnya dan kemudian gambar-gambari di bawah ini menceritakan kisah apa yang terjadi -



Jumaat, 22 Mac 2013

Kerana Topup Aliya Sanggup Melacur



Hanya topup RM10. Itu bayaran dikenakan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang masih bersekolah kepada rakan sekelas yang mahu mengadakan hubungan seks dengannya.
Remaja berkenaan juga tidak kisah melakukan perbuatan terkutuk itu pada siang hari di hotel murah pilihannya dan lebih memeranjatkan sudah melakukannya sejak berusia 15 tahun lagi.
 pelajar itu yang hanya mahu dikenali sebagai aliya berkata, dia mula membabitkan diri dengan kegiatan tidak bermoral itu selepas dipengaruhi beberapa rakan wanita lebih tua yang dikenalinya ketika melepak di kompleks beli-belah di bandar raya ini.

Ika Nabila Perjelas Dakwaan Minum Arak


PETALING JAYA: Pelakon baru, Ika Nabila berkata dakwaan bahawa dia seorang peminum arak seperti dalam foto yang tersebar di internet merupakan satu fitnah semata-mata.
Ika menjelaskan air dalam gelas tersebut bukanlah minuman beralkohol sebaliknya ia adalah jus sparkling.
Ika yang merupakan bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-6 (AF6) berkata, dia tidak pernah minum arak apatah lagi berkeadaan mabuk di depan khalayak seperti yang digambarkan pada foto berkenaan.

Kantoi Bos Dan Staf Ringan-Ringan Dalam Lif



Diorang ni lupa ke yang lif kebanyakan pasang cctv.....kan dah kantoi...nasib baik la muka x jelas, kalau tak siapa jugak yang malu..korang jugak yang malu besar..






Bayi 23 hari Diliwat Bapa



Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin. 

Wanita Bertindik Sambil Badannya Targantung


Takut dan pelik melihat pin yang menyerupai mata kail ditusuk pada bahagian belakang wanita ini. Rupa dah comel, badan pun kira ideal juga tetapi tindik juga yang merosakkan badan yang sudah cukup sempurna tu.

Kita tak tahu apakah tujuan sebenar wanita ini melakukannya, hanya dia sendiri yang tahu. Ini tersangat ekstrim dan menakutkan, tak rasa sakitkah kena tindik macam tu? memang berani gadis ni kan. 










Kuku Ke Lengan???


Sebenarnya gambar di bawah ni bukan kuku ye. Ia adalah lengan. Tak tahulah nak gelak ke nak bersimpati, tapi memang terkeliru jugak bila melihat gambar ni buat pertama kali 

HOT!!!! Gambar Datuk K dan Rozita bermesra DIDEDAHKAN



Akhirnya..., gambar intim Datuk K dan Rozita tersebar juga kepada umum.. Walaupun selama ini orang-orang ramai kurang senang dengan gossip yang melanda hebat couple sensasi ni, jodoh dorang ternyata kuat beb..

Dengan pendedahan gambar intim ni diharapkan dapat menjelaskan dan menjernihkan kembali keadaan sebenarnya..

Rozita yang kelihatan masih malu-malu, menyatakan kepada orang kampung bahawa perkahwinan dengan Datuk K dibuat atas dasar suka sama suka.. Tak timbul soal rampas merampas dalam diari hati beliau..

Walaupun sedar Datuk K sudah agak berumur dan juga telah mempunyai isteri dan anak berderet, Rozita tetap kekal dengan cintanya kepada lelaki tersebut..

Ketika membuat sessi penjelasan kepada orang ramai, Rozita yang ditemani suaminya Datuk Kumaresan berharap gambar intim mereka akan menutup segala gossip liar yang tersebar sebelum ini..

Datuk Kumar sambil tersenyum berkata..., 'cinta tak mengenal usia, masa dan juga jarak..., yang penting ayat mau power.."

Datuk Kumar bersama Rozita Chendori

Aksi Panas Budak Sekolah


Lagi Kisah Budak2 Sekolah Yang X Tau Ape Itu Sekolah..Aku Dulu Sekolah Atas Pokok Je..(POnteng)..Tapi Xdek Lak Terjebak Sampai Cam Ni..X Tau Malu Ke?..Sad..Jom Skodeng Diaorang..Huhu..





Berubah La Dik Oi..Rugi Je Bercinta Muda2 niy..:-)

Jual Buah Pinggang Sendiri Demi iPad2



Disebabkan terdesak mahu memiliki sebuah iPad 2, budak remaja China ini sanggup menjual buah pinggang sendiri dengan harga £2,000. 

Remaja 17 tahun yang hanya dikenali sebagai Zheng itu telah mengaku di depan ibunya bahawa dia telah menjual buah pinggangnya sendiri selepas melihat satu iklan di internet yang menawarkan wang tunai kepada sesiapa yang mahu mendermakan organ mereka.

"Saya mahu membeli sebuah iPad 2 tapi saya tidak mempunyai wang" kata Zheng kepada Shenzen TV di Guadong, China. Katanya lagi, "semasa saya melayari internet, saya melihat satu iklan yang mengatakan bahawa mereka akan membayar RMB20,000 untuk satu buah pinggang". Selepas berunding dengan agen, Zheng kemudiannya pergi ke Chenzhou di Wilayah Hunan untuk mengeluarkan buah pinggangnya. Zheng dikeluarkan dari hospital selepas tiga hari dan dibayar seperti yang dijanjikan.

Wanita Muda Menjadi Tua Dalam Satu Malam



Pakar-pakar perubatan di selatan Vietnam menawarkan untuk membantu seorang wanita berusia 26 tahun yang kulitnya berkedut dalam satu malam saja, membuatkan dia kelihatan 30 tahun lebih tua, media tempatan di sana melaporkan hari Rabu.

Tiga hospital di Bandar Raya Ho Chi Minh City telah menawarkan Nguyen Thi Phuong perundingan dengan pakar-pakar selepas akhbar Tuoi Tre menerbitkan gambarnya pada hari Ahad.

Awek Sakai



Perhatikan gambar awek kat bawah ni. Nampak macam normal je kan?. Tapi cuba tengok gambar seterusnya. Apa punya perangai dia ni, ada sesiapa nak buat awek?? 


Orang tua ini menyumbangkan kemaluannya kepada muzium



Seorang lelaki tua berusia 95 tahun, telah menyumbangkan kemaluannya ke Muzium Phallogis di Husavik, Island. Kemaluan milik lelaki itu adalah yang pertama kali dipamerkan di muzium tersebut.
Organ vital milik Pall Arason ini dipamerkan bersama dengan kemaluan dari binatang-binatang seperti ikan paus, anjing laut serta beruang.

Arason yang bekerja di bidang perlancongan, berjanji akan menyumbangkan kemaluannya kepada pemilik muzium Sigurdir Hjartarson. 15 tahun lalu, Arason berjanji kepada Hjartarson untuk menyumbangkan kemaluannya agar dapat dipamerkan di muzium unik ini.

Ramai lelaki menjanjikan kemaluannya untuk menjadi penghuni tetap muzium itu. Namun kemaluan milik Arason yang berhasil menghiasi ruang pamer muzium tersebut untuk pertama kalinya.

"Saya sudah menunggu orang ini selama 15 tahun," celoteh Hjartarson seperti dipetik The Sun.
Muzium milik Hjartarson ini memang menarik perhatian banyak pihak. Ribuan orang dikhabarkan mengunjungi muzium ini tiap tahun, hanya untuk melihat koleksi uniknya.

Mayat Wanita Dijadikan Inti Karipap




Tiga suspek telah ditangkap oleh polis Brazil kerana disyaki kanibal yang telah membunuh dan menjamah tubuh sekurang-kurangnya dua orang wanita yang mereka mungkin telah jadikan inti pastri Brazil berbentuk karipap iaitu empanada, 
 

Cacing@Larva Pada Manusia



Terdapat 150 spesies botfly dikenali di seluruh dunia tetapi spesis sahaja yang memilih manusia kerana ia menjadi tuan rumah kepada larva Dermatobia hominisIa adalah endemik (secara meluas merebak) di Mexico dan Amerika Tengah tetapi tidak di AsiaSesetengah daripada kita mungkin merasa kelegaan tetapi berhati-hati ia tidak mungkin akan merebak di negara kita jika sanitasi dan kebersihan yang kurang dijaga.

Samad Dan MCD




Samad : "halooo...mekdi?
~McD : "iye...nak pesan apa?
•Samad : "ayam ada?"
~McD : "ada..."
•Samad : "boleh beradu dgn ayam laga sy x?"
~McD : (tutup telefon)

•Samad : "hallo mekdi ke ni?"
~McD : "iya betul.. Oow ini yg tadi telefon yeee!!!
•Samad : " nk tanya makanan ini... ayam ad lagi?"
~McD : "ada...!!!"
•Samad : "nasi...dgn eskrim ada?"
~McD : "msh ada..."
•Samad : "kesian sekali tak laku yaaa..."
~McD : "dasar orang gilaaaa!!!" (Tutup telefon)

•Samad : "hallo mekdi?"
~McD : "orang gilaaa kau jgn main2 yaaa !!!"
•Samad : "iya... maaf mau tanya, buka 24 jam yaa?"
~McD : "iya... kenapa nak pesan pape?"
•Samad : "tak... cuma kesian tak tidur tidur nih..."
~McD : (baling telefon)

•Samad : "hallo ini mekdi?"
~McD : "kau jgn lebih2, sy cari sy blasah baru ko tau..!!! (mulai marah)"
•Samad : "maaf... serius sekarang mau pesan makanan niih"
~McD : " haa cmtu laa.. jangan main2 lagi yaa ... Pesan apa?"
•Samad : "bubur kacang hijau ada tak ???"
Mcd~ (Kejang... Mulut Berbuih....
Dan Pengsan seketika..)

Bayi yang Dilahirkan Oleh Seorang Penagih Dadah




Dipercayai bahawa gambar di atas merupakan bayi yang dilahirkan oleh seorang perempuan Rusia akibat menagih dadah. Tidak dapat dipastikan bahawa bayi yang dilahirkan hidup atau mati.



SAMPAI TUJUH KETURUNAN SAYA TIDAK AKAN BAWA ANAK KE MANA-MANA ZOO




MELAKA: “Saya perasan siamang itu melompat-lompat atas jalan sambil mengejar beberapa pengunjung. Saya sangka ia jinak dan memang dilepaskan untuk hiburan pengunjung zoo menyebabkan kami tak bimbang menghampirinya.
“Bagaimanapun, sebaik menghampiri haiwan itu berpusing dan menerkam lalu menggigit kuat betis kanan kaki anak saya yang sedang didukung,” kata Kamarul Baharin Othman, 37, yang anak lelakinya, Muhammad Afieq Haziq, 3, parah akibat betis kanannya digigit seekor siamang hingga terkoyak dan menampakkan tulang ketika melawat Zoo Melaka di Ayer Keroh di sini, kira-kira jam 2.30 petang, kelmarin.

Ibu Biar Anak Khalwat



Seorang ibu tergamak menyembunyikan perbuatan anak perempuannya daripada ditangkap khalwat dalam satu serbuan oleh Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Ledang di sebuah rumah di sebuah taman perumahan di Tangkak, awal pagi semalam.

Bagaimanapun, tindakan wanita berusia 44 tahun itu yang mendakwa teman lelaki anaknya sebagai anak saudaranya dari Segamat terbongkar.

Ia berikutan anak perempuan wanita terbabit yang berusia 17 tahun mengaku lelaki berusia 16 tahun dan tidak bersekolah itu adalah teman lelakinya, selain bercadang untuk berkahwin pada Mac tahun depan.

Lebih malang, ibu remaja terbabit turut diarah hadir ke Pejabat Agama Daerah Ledang kerana didapati nikah tanpa kebenaran di Narathiwat, Thailand pada 2004.

Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Penguatkuasa, Mohd Zainal Kadiran memeriksa rumah tersebut.

Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang wanita berbaju tidur membuka pintu.

“Pihak penguat kuasa terpaksa menunggu hampir 10 minit sebelum wanita berkenaan membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

“Pemeriksaan lanjut menemui seorang remaja lelaki berseluar pendek tanpa memakai baju dalam sebuah bilik, manakala remaja perempuan sedang baring di atas katil,” katanya kepada Sinar Harian.

Sulaiman berkata, pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

“Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Manakala ibu remaja perempuan terbabit diarahkan hadir ke Pejabat Agama Darah Ledang kerana bersubahat dan akan didakwa di bawah Seksyen 40(2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam kerana nikah tanpa kebenaran

Kolam Renang Dalam Van


Kolam renang awam di China dikatakan terlalu sesak, kotor, dan kanak-kanak amat dilarang untuk mendekatinya. Disebabkan masalah tersebut, seorang bapa tekad menyediakan sendiri kolam renang istimewa untuk anaknya.

Dia membuang kesemua tempat duduk belakang dalam vannya. Kemudian dia menggunakan nilon dan juga dawai untuk menghasilkan kolam renang. Kolam tersebut diisi dengan air dan akhirnya sedia untuk digunakan.

Kolam ini berkeluasan sekitar 1.7x1.3 meter dengan isian air paras kedalaman kira-kira 20 sentimeter. Kanak-kanak yang ditemuramah mengatakan, "Gembira!Hebat dan selesa!" Dia sendiri mengakui gemar bermain dalam kolam renang tersebut hampir setiap hari. Ayahnya pula mengatakan van tersebut tidak lagi digunakan dan ianya cara terbaik bagi menjamin anaknya sentiasa bersih dan selamat ketika berenang. Mereka sekeluarga tinggal di Wenzhou, Zhejiang, China.


Adverlets Banner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...