Blogger Widgets

Selasa, 20 Ogos 2013

Aneh! Telur Siput Laut Hitam Menetas di Lutut Bocah 4 Tahun



Gambar Telur Lipas Dalam Samurai Burger MCD


Gambar telur lipas dalam Samurai Burger MCD di Cawangan Mont Kiara. Menerusi laman Lipstiq, beliau telah berkongsikan sebuah foto yang dikirim oleh pembaca dan agak mengejutkan apabila terdapat telus lipas dalam roti burger tersebut. Pada mulanya, pengirim gambar yang dikenali sebagai Jimmy telah membeli burger secara take away untuk pulang ke pejabatnya. Alangkah terkejut apabila ternampak objek kecil dan bujur berwarna hitam dan mengesahkan bahawa itu adalah telur lipas. Foto tersebut juga telah dikirim kepada HQ MCD Mont Kiara namun masih belum mendapat respon daripada pihak cawangan MCD tersebut.

Gambar Telur Lipas Dalam Samurai Burger MCD

telur-lipas
lipas2

Punca Ustaz Azhar Idrus UAI Kemalangan Kereta pada 17 Ogos 2013.


Punca Ustaz Azhar Idrus UAI Kemalangan Kereta pada 17 Ogos 2013.  Pada pagi tadi telah berlaku kemalangan antara kereta Volkswagen Golf GTI Ustaz Azhar Idrus dan sebuah proton Iswara di Pengadang Baru, Kuala Terengganu. Kedua-dua pemandu termasuk UAI sendiri dilaporkan selamat manakala pemandu proton Iswara hanya mengalami kecederaan kecil sahaja. Menerusi daripada laporan orang yang mengenali Ustaz Azhar, dikhabarkan beliau gemar memandu laju. Dari segi impak kemalangan, dapat dilihat kereta UAI telah melanggar bahagian sisi kereta proton hingga remuk. Difahamkan, UAI dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur bagi menghadiri kuliah.

Koleksi Gambar DP Profil 4 Jari R4BIA Di Facebook Twitter


Koleksi gambar DP profil simbol 4 Jari R4BIA di Facebook (FB) dan Twitter. Penggunaan simbol 4 jari itu sebenarnya menjadi simbol keteguhan kekuatan dan perpaduan kepada krisis yang berlaku di Mesir pada ketika ini. Di Mesir, simbol 4 jari digunakan untuk berhimpun selepas tentera merampas kuasa adalah di hadapan Masjid Rabiatul Adawi’ah iaitu di Medan Rabaah. Simbol ini juga dipopularkan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan yang bermaksud “Mesir, Kami Bersamamu”. Tujuan avatar simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Morsi di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir 

R4BIA - Copy oı r4bia2
rabia - Copy
4rabia - Copy
4rabia
R4BIA
rabia
R4BIA
mesir

Tujuan Maksud Simbol 4 Jari R4BIA Di Laman Sosial Sebenar Sumber:


Tujuan dan apa maksud simbol 4 Jari R4BIA di laman sosial yang sebenar. Sekarang ramai yang tertanya kenapa pengguna ramai di facebook dan twitter telah menukar DP mereka kepada simbol 4 jari seperti yang tertera dibawah. Tujuan sebenar adalah untuk menunjukkan kepekaan dan prihatin terhadap krisis atau pergolakan yang berlaku di negara Mesir pada masa sekarang.

oı

Tujuan Simbol 4 Jari R4BIA
Tujuan Display Profile (DP) simbol #R4BIA dipakai di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan menunjukkan tanda keprihatianan terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain itu, menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih peka mengenai krisis atau pergolakan di Mesir pada ketika ini.
Maksud Simbol 4 Jari R4BIA
  • Rabi’ah/arba’ah bermaksud Empat. Rab’ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.
  • Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi’ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi’ah.
  • Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu semalam (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.

Gambar Gegaran Gempa Bumi Di Kupang Kedah 20 Ogos 2013 Malaysia

Gegaran gempa bumi di Kupang Kedah pada 20 ogos 2013 di Malaysia. Pada hari ini, dikejutkan dengan berita bahawa telah berlaku gegaran kecil sekitar 8.26 pagi di daerah Kupang. Gempa bumi itu dipercayai berpusat di 11 kilometer selatan Baling. Hanya segelintir penduduk sahaja dapat merasai gegaran tersebut memandangkan gempa bumi terjadi pada skala kecil iaitu 3.8 skala ricther. Pada masa yang sama, perkara ini turut disahkan oleh Jabatan Metereologi Malaysia mengenai fenomena tersebut.


Gempa bumi lemah berukuran 3.8 pada skala Ricther berlaku di Kupang, Kedah pada 8.26 pagi ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia. Gempa bumi itu berpusat di 11 kilometer selatan Baling dan gegaran kesan boleh dirasai di sekitarnya berdasarkan kenyataan jabatan itu lagi.



Adverlets Banner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...