Blogger Widgets

Ahad, 10 Februari 2013

Siti Saleha Baru Lepas Putus Cinta Dengan Lelaki Inggeris

Berita baik untuk jejaka-jejaka di luar sana. Gadis comel Siti Saleha mengakui yang dirinya kini single-mingle selepas baru 2 bulan putus cinta dengan seorang lelaki Inggeris. Inilah peluang anda untuk masuk line.

siti saleha

Daripada pemerhati Abang Nara, taste lelaki Siti Saleha ini mesti ada muka mat saleh sikit. Sebelum ini kekasih hatinya ialah Syed Adney Syed Hussein pun ada muka kacukan. Jadi kalau anda rasa wajah anda ada gaya-gaya omputih, silalah cuba. Kata Siti Saleha kepada Berita Harian:-
Saya baru saja putus cinta dua bulan lalu. Dia seorang lelaki Inggeris. Hubungan kami terlerai kerana tiada persefahaman. Saya jenis yang tak suka ada masalah. Kalau saya lihat perhubungan itu tak akan ke mana dan lelaki itu seperti tidak serius, lebih baik berpisah. Kami berkenalan pun tak lama, iaitu lebih kurang dalam tempoh sebulan. Jadi, bila terpaksa berpisah, ia taklah terasa sangat.
siti saleha

Kepada peminat Siti Saleha, jangan lupa untuk saksikan filem Kerat 14 yang menggandingkan dirinya dengan Aaron Aziz. Dengar ceritanya, ada babak intim antara mereka berdua. Sila jangan panas hati kalau anda ada menyimpan perasaan terhadap Siti Saleha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adverlets Banner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...