Nampaknya percintaan yang terbina antara Sharnaaz Ahmad dan Shila
Amzah berkemungkinan besar tidak akan berakhir di jinjang pelamin. Ini
kerana, Sharnaaz memberitahu
Sinar Harian yang dia telah membatalkan hasrat untuk masuk merisik Shila.
Nampaknya Sharnaaz telah tawar hati dengan pelbagai perkara yang
telah terjadi kebelakangan ini. Adakah ini bermakna hubungan mereka
telah berakhir? Bagi Sharnaaz, dia enggan memikirkan perkara tersebut
dan hanya mahu fokus pada kerja. Kata Sharnaaz:-
Saya tidak akan hantar rombongan merisik. Saya sendiri
pun tidak tahu ke mana hala tuju hubungan ini. Saya tak pasti dan hanya
berserah. Buat masa ini, saya hanya fikir kerja saja. Yang lain, saya
malas nak fikir. Terpulanglah pada dia (Shila) nak buat apa sekalipun.
Saya tak nak ambil tahu lagi.

Shila
Amzah sekarang sedang berseorangan mencari ketenangan manakala Sharnaaz
enggan memikirkan tentang perhubungan mereka lagi. Berdoalah agar
dipermudahkan untuk mendapat keputusan yang terbaik buat anda berdua.
Kalau berpisah itu terbaik, pasti itu jawapan yang akan anda temui. Yang
penting, kena redha dengan apa yang bakal terjadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan