Blogger Widgets

Ahad, 10 Februari 2013

Sharnaaz Tolong Jangan Biadap – ND Lala

Adakah rasa cinta dan sayang Sharnaaz Ahmad terhadap Shila Amzah tidak mendapat restu daripada ND Lala.

nd lala biadapSecara logiknya, ada

benar kata-kata yang dikeluarkan oleh ND Lala. Sharnaaz seolah-olah ingin melangkau batas adat resam orang Melayu. Kata ND Lala:-
Saya dan ibu Shilla masih hidup, masih bernyawa. Sekurang-kurangnya hormatilah kami sebagai orang tua. Kalau Shila mahu kahwin sekali pun, saya walinya, bukan Shaarnaz yang menentukan itu isterinya. Dia (Shaarnaz) mengakui Shila bakal isterinya dan tetap akan merisik, semua itu karut. Jangan keluar kenyataan yang boleh memalukan diri sendiri dan saya percaya keluarga Shaarnaz turut malu dengan tindakannya itu.
sharnaz shila
Betul juga kata
ND Lala itu kan? Mungkin yang dimaksudkan oleh ND Lala ialah jangan gebang lebih-lebih sangat selagi tak sah bergelar suami isteri. Kalau tak jadi, diri sendiri yang malu. ND Lala turut sempat memberi sedikit nasihat kepada Sharnaaz.
Ini nasihat saya kepada Sharnaaz, ibu dan bapa Shila masih hidup, kita ada adat dan agama, jadi jangan memandai-mandai. Tolong jangan biadap, hormati kami ibu bapanya. Ini bukan perkara main-main, melainkan kalau mereka mahu kahwin lari.
shila

Nampak gaya sebelum berkahwin pun sudah ada masalah dengan bakal bapa dan mak mertua. Diharap Sharnaaz dengan segera mengambil balik hati ibu bapa Shila. Kang tak pasal-pasal masuk merisik kena reject. Perlahan-lahan pergi minta maaf dan minta restu daripada mereka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adverlets Banner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...