Blogger Widgets

Jumaat, 15 Februari 2013

Cara Bersetubuh Malam Pertama



Malam pertama memang saat yang dinanti-nantikan. Namun, realitinya pengalaman malam pertama banyak pasangan pengantin tidak sempurna seperti yang diimpikan. Cara bersetubuh yang betul penting untuk pengalaman seks malam pertama.

Antara masalah yang dihadapi oleh pasangan pengatin pada malam pertama adalah keletihan, segan, rasa tertekan untuk "perform", gopoh dan kesakitan (terutamanya pada wanita).

Bagi pasangan-pasangan yang bakal berkahwin, berikut adalah panduan dan cara bersetubuh untuk malam pertama.

1. Kesediaan - pastikan kedua-dua anda bersedia untuk hubungan seks pertama. Jika suami atau isteri keletihan selepas acara acara hari perkahwinan, ada baiknya tunggu sehingga keesokannya.
2. Relaks - jika kedua duanya sudah bersedia, cuba relaks dulu sebelum memulakan persetubuhan. Ia dapat meredakan debaran terutamanya pada si suami. Anda tidak ingin menyakitkan isteri anda dengan sikap gelogoh dan gopoh. Terdapat juga suami yang rasa nervous dan tertekan kerana mahu memberikan performance yang terbaik pada malam pertama. Tekanan sebegini mungkin menyebabkan anda gagal memcapai ketegangan zakar. Relaks. Si isteri boleh memberi urutan kepada si suami. Selepas itu si suami pula boleh mengurut si isteri dan mengambil peluang untuk membuka bajunya. Cara ini baik untuk memberi peluang kepada pasangan baru untuk mengenali badan masing masing
3. Cumbu-cumbuan - ini penting untuk si isteri. Si suami mudah terangsang pada malam pertama tetapi si isteri mungkin memerlukan sedikit masa mencapai rangsangan seks. Selain mencium dan meraba badan masing-masing, luahkanlah kata-kata manis dan puji-pujian kepada pasangan anda. Si suami boleh menggunakan jejari untuk menyentuh dan meraba bukaan faraj isteri sehingga terasa basah. Masa itu, barulah si isteri berada keadaan sedia untuk bersetubuh.
4. Posisi seks - posisi seks yang paling biasa untuk malam pertama adalah suami di atas dan isteri di bawah. Si suami harus memasukkan zakar secara perlahan-lahan ke faraj isteri. Jangan gelojoh kerana ia boleh menyakitkan isteri anda apabila selaput dara dikoyakkan oleh zakar suami. Banyak wanita di negara barat mengambil posisi wanita di atas untuk persetubuhan pertama. Cara bersetubuh ini baik untuk si isteri kerana isteri dapat mengawal rentak kemasukan zakar bagi mengurangkan kesakitan.
5. Klimaks - kebanyakan isteri tidak mencapai klimaks atau orgasm pada malam pertama. Ini normal. Si suami harus menunjukkan kasih kepada si isteri selepas bersetubuh. Berilah belaian, kata-kata manis dan puji-pujian kepada isteri dan supaya si isteri rasa disayangi.

Begitulah cara bersetubuh untuk malam pertama pengantin baru. Pengalaman malam pertama mungkin biasanya tidak sempurna. Jadi, tidak perlu merasa tertekan. Anda boleh menikmati saat saat manis ini dengan mengikuti cara bersetubuh di atas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Adverlets Banner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...