Blogger Widgets

Jumaat, 3 Mei 2013

Nekad Bangang - 3 Wanita 2 Lelaki Bakar Diri Kerana Rumah Diroboh


Nekad Bangang - 3 Wanita 2 Lelaki Bakar Diri Kerana Rumah Diroboh | Sebuah keluarga dari  

keturunan Nepal di Inda dengan nekad telah membakar diri mereka kerana menyangka rumah yang sedang mereka duduki bakal dirobohkan.



Bharat Mansingh, 40, meninggal dunia di hospital selepas membakar diri di pusat kompaun pihak berkuasa tempatan di bandar Rajkot di utara barat India hari ini.


Tiga saudara perempuan beliau, Rekha, Asha, Vasumati dan seorang saudara lelaki mereka Girish Mansingh telah dibawa ke hospital dengan kesan luka terbakar yang teruk.


Pesuruhjaya Polis HP Singh memberitahu Press Trust India bahawa keluarga Bharat Mansingh terbabit dalam pertikaian dengan Chotu Nagar Housing Cooperative Society, yang dipercayai telah merancang untuk mengusir mereka.


'Bharat Mansingh meninggal dunia semasa menjalani rawatan manakala empat yang lain telah mengalami kebakaran yang teruk,' menurut Pesuruhjaya Singh.


Berita tersebut dengan pantas telah menjadi satu bahasan dan menjadi salah satu bahan politik di India.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adverlets Banner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...