Blogger Widgets

Jumaat, 3 Mei 2013

Mengapa Terjadinya Cinta Pandang Pertama


Cinta pada pandangan pertama bukanlah hanya dipengaruhi oleh faktor fizikal sahaja. Menurut penyelidik, terdapat faktor lain selain penampilan yang membuatkan anda turut membuatkan anda jatuh cinta pada pandangan pertama.
Dalam penyelidikkanya. Mereka telah menggunakan lalat sebagai bahan eksperimen. Mereka cuba memasang lalat betina dan jantan daripada spesies yang sama dan juga berbeza. Hasilnya adalah, mereka mendapati lalat betina lebih tertarik dan memilih lalat jantan yang berasal dari spesies yang berbeza.
Menurut para penyelidik, lalat betina cenderung untuk memilih pasangannya melalui bau. Mereka boleh mencium lalat jantan mana yang boleh menghasilkan keturunan yang sihat dan banyak.
“Kita boleh menyebutnya sebagai cinta pada pandangan pertama. Bukan hanya dari pandangan saja, tapi juga daripada bau, bunyi atau perkara lain yang turut menjadi punya pemilihan pasangan biologi mereka,” ujar Andrew Clark dari Cornell University menurut LiveScience.
Penyelidik juga mendapati bahawa pengaruh bahan kimia dan protein-protein tertentu yang dihasilkan oleh pasangan mereka ketika bertemu juga turut membantu dalam pemilihan pasangan. Penyelidik juga mendapat hasil yang sama semasa membuat pemerhatian terhadap kumpulan mamalia, termasuk lah manusia.
“Kejayaan seorang wanita untuk menghasilkan anak adalah berdasarkan kualiti genetik pihak lelaki, terutama lelaki yang mempunyai genetik yang berbeza dengan si wanita,” ujar Clark.
Penyelidik cuba menggunakan wangian pakaian lelaki untuk memikat wanita, dan hasilnya wanita lebih tertarik kepada lelaki yang mempunyai gen yang sangat bertentangan dengan wanita itu. Belum diketahui dengan pasti bagaimana perkara tersebut boleh berlaku, tetapi wujudnya perbezaan sistem imun dan kemungkinan untuk mengelakkan penyakit yang serupa menjadi faktor pertimbangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adverlets Banner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...