Seorang
gadis berusia 15 tahun, Nurul Aminah Murjini menjerit kesakitan apabila
tangan kirinya tersepit pada gigi mesin perahan tebu di sebuah gerai
menjual air tebu di Taman Kulai Baru, KulaiJaya.Dalam kejadian jam 12.15
tengah hari itu, tangan kiri Nurul separas siku hampir hancur akibat
tersangkut pada gigi mesin perahan tebu ketika membantu ibunya menjual
air tebu di gerai berhampiran rumah kedai di Batu 21, Jalan Kulai-Johor
Bahru.
Kejadian
berlaku apabila tudung pelajar tingkatan tiga itu tiba-tiba tersangkut
pada gigi mesin berkenaan yang sedang ligat berputar. Menurut saksi
kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Hamid, 30-an, mangsa gagal
menarik keluar tudungnya yang tersangkut ketika mesin berputar. Hamid
berada di situ untuk membeli makanan di gerai bersebelahan.
Sementara
itu, bapa mangsa, Murjini Sunarto, 46, berkata, dia sedang membersihkan
kebun di Kampung Sri Paya, sebelum dihubungi isteri yang memaklumkan
kejadian itu. Menurut Murjini, dia bimbang dengan masa depan anak
bongsunya itu yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Kelapa Sawit.
Nurul
terpaksa menahan kesakitan selama kira-kira 15 minit sebelum tangannya
dikeluarkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kulaijaya. Dia dihantar
ke Hospital Kulaijaya untuk rawatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan