KUALA LUMPUR:
“Niat saya hanya untuk mendalami agama dan melakukan ibadat. Tidak
sangka pula jalan yang saya ambil bukan cara yang sebenarnya, sebaliknya
memesongkan akidah,” kata Zaki, 34, yang memakai ‘susuk kuat
sembahyang’ kira-kira setahun lalu, diperoleh daripada seorang individu
mendakwa sebagai ustaz di Kelantan.
Menurutnya, dia
ditemukan dengan lelaki itu oleh seorang rakan selepas mendengar
cadangan daripada sahabatnya itu yang didakwa turut menggunakan susuk
berkenaan.
Tambahnya,
ustaz itu memasukkan serbuk campuran tertentu pada tapak kakinya, di
bahagian belakang badan dan tapak tangan menggunakan bacaan tertentu
seperti mantera yang sukar difahami kononnya untuk merawat hatinya yang
dipenuhi dosa.
Katanya,
selepas ustaz itu memasukkan serbuk campuran berkenaan, dia merasakan
kelainan pada tubuh badannya dan setiap kali ingin menunaikan ibadat,
dia berasakan seperti ada suara ghaib membisikkan ke telinganya supaya
melakukan ibadat.
Zaki berkata,
susuk itu juga mempunyai larangan tertentu yang perlu dipatuhi sepanjang
tiga bulan pertama pemakaiannya, termasuk tidak boleh menjejakkan kaki
di tanah perkuburan dan sekiranya dia tidak mematuhi syarat itu, ustaz
terbabit mendakwa dia akan menghidap penyakit misteri yang sukar
diubati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan