Sabtu, 9 Mac 2013
GAMBAR Pengganas Sesat! Letak Tangkal Celah Kangkang
Tangkal bertulis kalimah al-Quran ditemui pada mayat seorang daripada pengganas dan amat menyedihkan kerana tangkal itu turut dipakai di celah kelangkang.
Menurut sumber, tangkal itu ditemui pada mayat pengganas yang ditembak ketika bertempur dengan pasukan keselamatan negara di Kampung Tanduo, dekat sini, jam 6.45 pagi kelmarin.
“Apabila pemeriksaan dilakukan, anggota pasukan keselamatan terkejut menemui tangkal dengan kalimah al-Quran yang dipakai di celah kelangkang serta di pinggang.
BALA Kepada ANWAR Kerana Lagu "TANYA SAMA POKOK
BALA Kepada ANWAR Kerana Lagu "TANYA SAMA POKOK"!!
Lagu Tanya Sama Pokok yang
diubah suai liriknya dan dinyanyikan semula oleh Datuk Seri Anwar
Ibrahim menunjukkan seolah-olah ketua pembangkang itu cuba
memutarbelitkan keadaan untuk keuntungan dirinya.
Bekas Perdana Menteri,
Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, justeru, beliau khuatir dengan gelagat
Anwar terutamanya selepas Ketua Umum PKR itu mengadakan pertemuan
dengan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur
Misuari.
"Bila dia (Anwar)
berjumpa dengan Nur Misuari, dia sering berkata BN (Barisan Nasional)
akan hilang... bukan kalah. Hilang Sabah... Jadi, apa yang
dimaksudkannya dengan hilang?
"Apakah Sabah akan
'terlepas' dari negara kita atau cuma BN saja yang kalah? Cara dia
bercakap ini memang nampak dia cuba untuk putar belit bagi mendapatkan
sesuatu untuk dirinya," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sele
pas menghadiri program Amanat Negarawan Kepada Rakyat di Dewan Majlis Daerah di sini hari ini.
Dalam ceramah pada 29
Januari lalu, Anwar turut menyanyikan lagu sama dan kali terakhir
dikesan pada 14 Februari lalu iaitu dua hari selepas Kampung Tanduo,
Lahad Datu, Sabah diceroboh kumpulan pengganas Sulu.
Sementara itu, Dr.
Mahathir memberitahu, beliau tidak pernah yakin dengan sebarang janji
yang ditaburkan Anwar termasuk terhadap penduduk Sabah sebelum ini.
"Dia pernah berjanji
dengan (rakyat) Sabah untuk menyemak segala tuntutan termasuk bagi 10
peratus (royalti) minyak kepada Sabah. Macam-macamlah. Tapi semua ini
janji. Apa yang boleh dilakukannya saya tak yakinlah," katanya.
"Tapi inilah Anwar.
Semasa dia ada dalam kerajaan, saya pun hairan macam mana saya boleh
percaya kat dia. Dia penipu yang terbesar sampai saya pun tertipu.
"Kononnya warak, kononnya boleh (kendalikan) usrah tapi buat kerja yang tak boleh diterima oleh orang Islam," ujar beliau.
PELIK TAPI BENAR: Budak 2 tahun boleh kendali jentolak
BALING - Mengendalikan jentolak memang perkara biasa, tetapi amat
mustahil sekiranya ia dikendalikan seorang kanak-kanak yang baru berusia
dua tahun.
Namun, dengan kuasa ALLAH Ahmad Adam Haziq, 2, boleh mengendalikan
jentolak itu sejak dua minggu lalu kerana sering mengikuti ayahnya ke
tapak kuari pasir di Sungai Ketil Becah Sawa.
Ayahnya, Amran Ahmad, 43, dari Kampung Becah Sawa berkata, anak kedua keduanya itu boleh menghidupkan jentolak, menggerakkan malah mengorek pasir seperti biasa.
Kelebihan Adam disedari setelah dia menangis hanya kerana ingin mengendalikan jentolak tersebut.
Amran berkata, pada mulanya dia tidak membenarkannya kerana tidak mempercayai anaknya itu mampu mengendalikan jentolak itu.
“Dia (Adam) terus menangis, dan mendesak mahu mengendalikan jentolak itu, jadi saya membenarkannya dengan pemantauan saya.
“Saya betul-betul terkejut kerana Adam memang boleh mengendalikan jentolak itu dengan baik seperti mereka yang telah berpengalaman,” katanya kepada Sinar Harian.
Ditanya bagaimana anaknya itu mampu mengendalikan jentera berat itu,
Amran berkata, anaknya itu sering berada di kawasan kuari itu selain
turut diajar oleh salah seorang pekerjanya.
“Pekerja saya sering mengajarnya, saya pun tidak pernah ajar Adam bawa jentolak ini.
Disebabkan itu, saya terkejut setelah melihat kemahirannya itu,” katanya.
Menurutnya, Adam seorang yang cenderung kepada aktiviti menukang malah pernah meleraikan beberapa komponen motosikalnya.
“Adam pantang tengok kayu, kalau ada, pasti dia nak paku. Memang itu hobinya. Tetapi, saya sama sekali tidak menyangka dia mampu bawa jentolak.
“Kini, setiap hari saya perlu membawa Adam ke sini agar dia dapat mengendalikan jentolak ini. Sekiranya tidak, dia akan menangis,” katanya.
Amran berkata, walaupun Adam mampu mengawal jentera itu dengan baik, dia tetap mengawasi anaknya itu agar tidak berlaku sebarang kejadian tidak dingini.
“Di sini kawasan sungai, sebarang kejadian boleh berlaku. Adam hanya mengendalikan jentolak ini sekiranya ada pemantauan dari saya mahupun pekerja lain di sini,” katanya.[SH]
Adam dikatakan akan menangis jika tidak dapat kendalikan jentolak berkenaan.
Ayahnya, Amran Ahmad, 43, dari Kampung Becah Sawa berkata, anak kedua keduanya itu boleh menghidupkan jentolak, menggerakkan malah mengorek pasir seperti biasa.
Kelebihan Adam disedari setelah dia menangis hanya kerana ingin mengendalikan jentolak tersebut.
Amran berkata, pada mulanya dia tidak membenarkannya kerana tidak mempercayai anaknya itu mampu mengendalikan jentolak itu.
“Dia (Adam) terus menangis, dan mendesak mahu mengendalikan jentolak itu, jadi saya membenarkannya dengan pemantauan saya.
“Saya betul-betul terkejut kerana Adam memang boleh mengendalikan jentolak itu dengan baik seperti mereka yang telah berpengalaman,” katanya kepada Sinar Harian.
Ahmad Adam tenang semasa mengendalikan jentolak.
“Pekerja saya sering mengajarnya, saya pun tidak pernah ajar Adam bawa jentolak ini.
Disebabkan itu, saya terkejut setelah melihat kemahirannya itu,” katanya.
Menurutnya, Adam seorang yang cenderung kepada aktiviti menukang malah pernah meleraikan beberapa komponen motosikalnya.
“Adam pantang tengok kayu, kalau ada, pasti dia nak paku. Memang itu hobinya. Tetapi, saya sama sekali tidak menyangka dia mampu bawa jentolak.
“Kini, setiap hari saya perlu membawa Adam ke sini agar dia dapat mengendalikan jentolak ini. Sekiranya tidak, dia akan menangis,” katanya.
Amran berkata, walaupun Adam mampu mengawal jentera itu dengan baik, dia tetap mengawasi anaknya itu agar tidak berlaku sebarang kejadian tidak dingini.
“Di sini kawasan sungai, sebarang kejadian boleh berlaku. Adam hanya mengendalikan jentolak ini sekiranya ada pemantauan dari saya mahupun pekerja lain di sini,” katanya.[SH]
Tentera Malaysia Naik AirAsia Dalam Krisis Lahad Datu Sabah Pun Jadi Isu & Kontroversi? Patutkah?
Tak sangka tindakan kami berkongsi gambar (DI SINI)
yang pada mulanya dimuat naik sendiri oleh Datuk Seri Tony Fernandes
mendapat reaksi kurang senang & ada yang mempertikaikannya oleh
sesetengah pihak (kalangan rakyat Malaysia). Tentera Malaysia naik
AirAsia pun jadi satu masalah besar?
Bagi kami, tidak kisah tentera Malaysia
naik pengangkutan apa sekalipun tidak sepatutnya menjadi isu besar,
asalkan pejuang dan wira-wira negara kita selamat sampai ke sana.
Penyanyi Sebenar Lagu Sayang
Video Lagu Sayang Shae Versi Lelaki | Aku Stress Giler
Inilah penyanyi sebenar lagu Sayang yang dipopularkan Shae. Tidak disangka penyanyinya adalah seorang “Lelaki”.
Khamis, 7 Mac 2013
MOHAMAD HANAFI YANG HINA POLIS & TENTERA KITA DI LAHAD DATU DIBONGKAR
Lagi seorang
anak Melayu yang belajar di Universiti Teknologi Malaysia bersikap
biadap sehingga mempersoalkan tindakan kerajaan mengangkat mangsa
kekejaman pengganas Sulu sebagai wira dipersoal.
Kenapa anak muda sekarang bersikap begini, adakah ini juga salah Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Tun Razak?BONGKAR!!! Jamalul Kiram III Bukan Sultan Sulu Sebenar - Waris Sultan Sulu
Pembongkaran
oleh waris Sultan Sulu ini amat mengejutkan!! Jamalul Kiram III, yang
mengaku sebagai Sultan Sulu dan pengikutnya menceroboh Sabah serta
membunuh anggota polis Malaysia, tidak boleh menuntut gelaran yang sudah
tidak wujud lagi itu, kata sumber yang tahu dengan mendalam sejarah dan
salasilah keluarga berkenaan.
Sah! Anwar adalah Dalang Pencerobohan Di Sabah
Sah! Anwar adalah Dalang Pencerobohan Di Sabah
INI LAH PENGKHIANAT NEGARA YANG KERJA DIA MENJUAL MARUAH DIRI DAN NAK MENJAHANAMKAN NEGARA
Langgan:
Catatan (Atom)