Batu nisan adalah
penanda kubur yang biasanya dibuat daripada batu. Biasanya, batu
tersebut ditulis dengan nama orang yang dikebumikan, tarikh lahir dan
tarikh kematian.
Batu nisan
mempunyai pelbagai bentuk dan rupa bergantuk kepada kebudayaan dan
kefahaman. Tidak semua perkuburan diletakkan batu penanda kerana ketika
dahulu, sesetengah masyarakat meletakkan rumah, bangunan, kayu penanda
ataupun pokok. Perletakan batu penanda juga mengikut kemewahan atau
status seseorang. Catatan pada batu nisan berguna bagi ahli sejarah dan
ahli salasilah. Kini, terdapat batu nisan yang memaparkan berbagai gaya
dan rupa.
Di perkuburan
Islam, bentuk batu nisan kadang-kala menggambarkan sama ada arwah (si
mati) dahulunya merupakan lelaki atau perempuan. Secara tradisi kaum
Melayu, untuk orang lelaki, batu nisannya berbentuk bulat, manakala bagi
wanita, batu nisannya berbentuk bersegi-segi atau leper.
Walau bagaimanapun,
tidak semua batu nisan mengikut aturan ini. Namun perkara ini amat
penting untuk kita dijadikan pengetahuan bersama. Antara lain memudahkan
kita untuk mengenali pemilik kubur tersebut. Milik seorang lelaki atau
perempuan. Jangan sampai kita tidak mengetahui tradisi ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan