kesan jari yg dipotong |
Suku Dani dari
Papua, Indonesia memotong jari mereka sebagai satu cara memaparkan
kesedihan di upacara pengebumian dan melumur muka mereka dengan abu dan
tanah liat sebagai simbolik kesedihan. Mereka percaya jika si mati
adalah kuat @ berkuasa di dunia, ia dipercayai bahawa roh-roh mereka
akan mengandungi kuasa yang sama juga.
Untuk
menyenangkan hati dan mengusir roh-roh ini, beberapa amalan yang
mengejutkan telah diikuti. Anak-anak gadis yang berkaitan dengan orang
yang mati akan memotong bahagian hujung jari. Sebelum dipotong, jari
akan diikat dengan tali selama lebih 30 minit. Selepas pemotongan,
hujung jari dibiarkan kering sebelum dibakar dan abu dikebumikan di
suatu kawasan khas.
Amalan ini telah
diharamkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Walau bagaimanapun,
kaum wanita yang lebih tua boleh dilihat dengan jari separuh pada tubuh
mereka sebagai bukti amalan ini pernah dilakukan pada masa dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan