KUALA LUMPUR : “Saya buat kerja ini (melacur) kerana perlukan duit RM3,000 untuk majlis bertunang. Lepas ini, saya tak akan buat lagi.Masa dah suntuk, saya belum beli apa-apa pun untuk majlis itu.”Inilah pengakuan berani seorang janda muda berusia 25 tahun ketika ditanya alasannya menggadaikan maruah dan harga diri demi mendapatkan wang berkenaan.
Ketika ditemui kelmarin, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ma, tanpa segan silu, menggunakan taktik duduk semeja dengan lelaki terutama yang duduk bersendirian dan menawarkan khidmat seks, di sebuah restoran di salah satu pusat tumpuan orang ramai di ibu negara.
Janda muda terbabit mengenakan bayaran minimum RM100 bagi setiap perkhidmatan seks, tidak termasuk sewa bilik hotel dengan purata dua hingga lima pelanggan sehari sejak beroperasi April lalu, mendakwa terdesak mendapatkan wang untuk majlis pertunangannya dengan bakal suami kedua yang dijadualkan pada cuti sekolah, bulan depan.
Ma memberi alasan tidak mempunyai kelayakan akademik yang baik, tanpa rasa bersalah, mendakwa sanggup menggadai maruah demi memastikan impian membina rumah tangga dengan lelaki pilihan tercapai.
Wanita mirip pelakon drama popular 90-an dan berlesung pipit itu dikatakan mencari pelanggan di restoran berkenaan ketika waktu puncak terutama waktu makan tengah hari dan dipercayai menjadikan hotel murah di situ sebagai tempat bertemu pelanggan.
“Apa lagi kerja saya boleh buat, ini saja cara mudah mengumpul wang, percayalah, saya amat terdesak,” katanya yang berpakaian sopan dan bergerak sendirian tanpa orang tengah.
Ma juga memberi alasan takut ketika ditanya mengenai keengganannya mendapatkan bantuan daripada mana-mana pihak termasuk Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda Umno untuk mencari jalan penyelesaian.
Pengalaman pahit akibat kehancuran rumah tangga kerana berkahwin di usia 19 tahun mengakibatkan Ma mengalami tekanan dan cukup terdesak mendapatkan wang.
Sementara itu, Pakar Psikologi dan Kaunseling Universiti Malaya (UM), Dr Mariani Mohd Isa, ketika me-ngulas tindakan Ma mengakui terkejut dengan pilihan wanita itu yang disifatkan sebagai jalan pintas mendapatkan wang.
“Dia sepatutnya berusaha mendapatkan wang tetapi bukan dengan cara itu. Kalau tak ada kelayakan akademik, mohon saja kerja sebagai pencuci dengan upah harian, walaupun bayaran rendah tetapi berkat,” katanya.
“Mungkin statusnya sebagai janda membuatkannya berani melacurkan diri kerana jika masih dara, sudah tentu dia bimbang rahsia terbongkar bila berkahwin. Kadang kala kes seperti ini boleh berlaku disebabkan keinginan seks terlalu kuat,” katanya.
Katanya, perlu ada kajian kenapa wanita itu memilih jalan kotor untuk membina rumah tangga kerana kebiasaannya orang yang terdesak memberi pelbagai alasan untuk mendapatkan sesuatu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan