Sehari sebelum Shila Amzah akan membuat persembahan bersama Psy
bersempena Program Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina di Pulau
Pinang, Berita Harian hari ini melaporkan berita kehilangannya. Menurut laporan tersebut, Shila Amzah telah hilang sejak enam hari yang lalu.
Susulan kehilangan anaknya, ND Lala telah pun membuat laporan polis
di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang jam 10 pagi semalam. ND Lala di dalam
laporan polis itu memberitahu sepanjang tempoh kehilangan Shila,
anaknya hanya menghantar SMS sekali sahaja untuk memaklumkan dia selamat
dan berada di satu lokasi untuk menenangkan fikiran.
Namun begitu, ND Lala percaya anaknya masih berada di dalam Malaysia
kerana MyKad dan passport Shila Amzah masih berada di dalam simpanannya.
Sementara itu, Sharnaaz melahirkan rasa terkejutnya ketika dimaklumkan
mengenai hal ini. Apa pun semoga Shila selamat dan akan buat kemunculan
seperti yang dijanjikan di Pulau Pinang..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan