Tak mampu saya nak tahan air mata ketika mendengar kisah
benar yang diceitakan oleh seorang ustaz dalam tazkirahnya di sebuah
masjid
dalam kawasan Jengka baru baru ini.Sekitar awal 90an,seorang pemuda 30an
menjerit jerit seorang diri di rumahnya tiap kali sampai waktu maghrib
terutamanya di
bulan Ramadhan,dia meraung setiap hari bagaikan orang diserang
histeria.Jirannya membawa lelaki itu bertemu dengan ustaz tadi yang
ketika itu bertugas sebagai pensyarah UiTM Kuantan untuk diubati.
Pemuda melayu itu kemudiannya
menceritakan satu peristiwa menyayat hati.Ceritanya beberapa tahun sebelum itu
dia tinggal dengan ibunya.Dia seorang yang nakal dan liar.Tidak mengerjakan
solat dan berpuasa.Suatu hari ibunya meminta dia belikan lauk untuk berbuka
puasa,lelaki itu sedang tidur.Dia tak mahu pergi ke pasar.Berulang kali disuruh
sang ibu,dia tetap berdegil.Hingga akhirnya dengan perasaan marah kepada siibu
yang terus memaksa,dia terus ke pasar dengan hati yang tidak ikhlas,dibelinya
daging untuk ibunya memasak.Si ibu gembira, berselera dia berbuka puasa hari
itu.
Pemuda berhenti bercerita kepada ustaz.Tiba tiba dia menangis lagi.Meraung
bagaikan dirasuk syaitan.Dalam sedu tangisnya dia bertanya ,"Ustaz tahu
daging apa yang saya beli?",Ustaz menggeleng kepala tanda dia tidak tahu."Daging
apa?" tanya ustaz kembali."Saya beli daging babi ustaz!,saya berdosa
Ustaz"jawab pemuda itu.Ustaz tergaman tidak terkata.”Masya Allah”hanya itu
saja yang mampu diungkapkan.
Lelaki 30 an meneruskan cerita.”Pernah
satu hari dalam bulan Ramadhan saya
belikan daging ular yang siap dipotong untuk ibu saya menyediakan lauk berbuka
puasa”ceritanya lagi.”Saya bagi tau ibu,saya belikan ekor lembu untuk ibu buat
sup.Maghrib itu ibu berbuka dengan sup ular yang disangkakannya sup ekor”.”Ya
Allah besarnya dosa saya ustaz”.
Dalam senda tangisnya itu pemuda
itu memberitahu ustaz itu lagi, ibunya
selepas itu ditimpa sakit dan meninggal dunia.Selepas meninggal dunia pemuda
itu telah insaf dan bertaubat.Tetapi setiap kali tiba nya waktu Maghrib terutamanya
bulan Ramadhan,pemuda itu tidak dapat lupa kejahatannya memberi ibunya berbuka
puasa dengan daging babi dan ular.Dia tak mampu menahan perasaan bersalahnya
ketika itu yang menyebabkan dia akan menangis dan meracau setiap hari mengenangkan
dosa dosanya kepada si ibu yang sudah
tiada di muka bumi ini.
Semua ahli jamaah yang mengikuti
tazkirah malam itu begitu teruja sekali.Bayangkan adanya pada zaman moden ini
anak yang sanggup memperlakukan ibunya sendiri
seperti dilakukan pemuda tadi.
Ustaz menghabiskan tazkirahnya
malam itu dengan mengingatkan hadis nabi beahawa malaikat berdoa ,laknat Allah
ke atas mereka yang yang mengabaikan kedua ibu bapanya ketika mereka telah
tua.Dua orang ibu bapa boleh pelihara sepuluh
orang anak hinga remaja.Tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat jaga kedua
orang tuanya ketika mereka sudah tua.
Semoga taubat lelaki itu diterima
oleh Allah dan dijadikan pengajaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan