Blogger Widgets

Ahad, 10 Februari 2013

Sharnaaz Batal Hasrat Masuk Merisik Shila Amzah

Nampaknya percintaan yang terbina antara Sharnaaz Ahmad dan Shila Amzah berkemungkinan besar tidak akan berakhir di jinjang pelamin. Ini kerana, Sharnaaz memberitahu Sinar Harian yang dia telah membatalkan hasrat untuk masuk merisik Shila.




shila

Nampaknya Sharnaaz telah tawar hati dengan pelbagai perkara yang telah terjadi kebelakangan ini. Adakah ini bermakna hubungan mereka telah berakhir? Bagi Sharnaaz, dia enggan memikirkan perkara tersebut dan hanya mahu fokus pada kerja. Kata Sharnaaz:-
Saya tidak akan hantar rombongan merisik. Saya sendiri pun tidak tahu ke mana hala tuju hubungan ini. Saya tak pasti dan hanya berserah. Buat masa ini, saya hanya fikir kerja saja. Yang lain, saya malas nak fikir. Terpulanglah pada dia (Shila) nak buat apa sekalipun. Saya tak nak ambil tahu lagi.
shila baruShila Amzah sekarang sedang berseorangan mencari ketenangan manakala Sharnaaz enggan memikirkan tentang perhubungan mereka lagi. Berdoalah agar dipermudahkan untuk mendapat keputusan yang terbaik buat anda berdua. Kalau berpisah itu terbaik, pasti itu jawapan yang akan anda temui. Yang penting, kena redha dengan apa yang bakal terjadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adverlets Banner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...