Azza menyatakan wataknya di dalam drama Mujahid sebagai wanita muslimah bertudung membuka hatinya untuk terus menutup aurat. Kata Azza:-
Itulah, orang kata, rahmat yang Allah berikan kepada setiap manusia berbeza-beza dan apabila sudah sampai waktunya, apa salahnya kita berhijrah terus. Sebenarnya, sebelum Mujahid, saya dah mula berselendang sepanjang penggambaran drama Kiah Pekasam bersama Rozita Che Wan di Jepun, tahun lalu. Alhamdulillah, menerusi bidang lakonan yang menjadi punca rezeki utama juga menyedarkan saya kepada sebuah penghijrahan yang indah dalam hidup ini.
Tahniah kepada Azza Elite atas penghijrahan ini. Pasti suami anda akan bertambah-tambah sayang selepas ini. Untuk anda yang tidak tahu, tahun ini umur Azza sudah pun mencecah 35 tahun. Jadi orang kata memang molek benarlah untuk melakukan perubahan di dalam hidup.
Semoga dengan perubahan ini, rezeki Azza akan dimurahkan dan Azza mendapat apa yang diinginkan oleh pasangan suami isteri iaitu cahaya mata sendiri. Semoga dipermudahkan. Sama-samalah kita doakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan