PETALING JAYA: Malang nasib si isteri tua kerana suami yang membuat kejutan dengan membawa pulang isteri muda, mengugut untuk menikamnya dengan pisau selepas dia bergaduh dengan madunya itu.
Dalam kejadian di sebuah rumah di Taman
Desaria, di sini, jam 12.30 tengah hari kelmarin, isteri pertama yang
berusia 52 tahun sebelum itu marah apabila suaminya yang sudah beberapa
hari tidak pulang ke rumah muncul bersama isteri muda yang juga warga Indonesia berusia 20-an.
Menurut sumber, isteri pertama yang juga
tukang cuci itu marah dengan tindakan suaminya dan berlaku perang mulut
dengan lelaki berusia 53 tahun terbabit.
“Dalam perang mulut itu, isteri tua mempersoalkan tindakan suaminya
membawa pulang isteri muda dan memarahi suaminya supaya jangan balik ke
rumah mereka.
“Tindakan isteri tua itu menyebabkan madunya berang dan menerkamnya sebelum kedua-duanya bergomol di ruang tamu rumah,” katanya.
Sumber itu berkata, apabila melihat
kedua-dua isterinya bergaduh persis ahli gusti, si suami menjerit supaya
kedua-dua isterinya menghentikan pergaduhan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan