Blogger Widgets

Ahad, 10 Februari 2013

Siti Saleha Baru Lepas Putus Cinta Dengan Lelaki Inggeris

Berita baik untuk jejaka-jejaka di luar sana. Gadis comel Siti Saleha mengakui yang dirinya kini single-mingle selepas baru 2 bulan putus cinta dengan seorang lelaki Inggeris. Inilah peluang anda untuk masuk line.

siti saleha

Daripada pemerhati Abang Nara, taste lelaki Siti Saleha ini mesti ada muka mat saleh sikit. Sebelum ini kekasih hatinya ialah Syed Adney Syed Hussein pun ada muka kacukan. Jadi kalau anda rasa wajah anda ada gaya-gaya omputih, silalah cuba. Kata Siti Saleha kepada Berita Harian:-
Saya baru saja putus cinta dua bulan lalu. Dia seorang lelaki Inggeris. Hubungan kami terlerai kerana tiada persefahaman. Saya jenis yang tak suka ada masalah. Kalau saya lihat perhubungan itu tak akan ke mana dan lelaki itu seperti tidak serius, lebih baik berpisah. Kami berkenalan pun tak lama, iaitu lebih kurang dalam tempoh sebulan. Jadi, bila terpaksa berpisah, ia taklah terasa sangat.
siti saleha

Kepada peminat Siti Saleha, jangan lupa untuk saksikan filem Kerat 14 yang menggandingkan dirinya dengan Aaron Aziz. Dengar ceritanya, ada babak intim antara mereka berdua. Sila jangan panas hati kalau anda ada menyimpan perasaan terhadap Siti Saleha.

Sharnaaz Batal Hasrat Masuk Merisik Shila Amzah

Nampaknya percintaan yang terbina antara Sharnaaz Ahmad dan Shila Amzah berkemungkinan besar tidak akan berakhir di jinjang pelamin. Ini kerana, Sharnaaz memberitahu Sinar Harian yang dia telah membatalkan hasrat untuk masuk merisik Shila.




shila

Nampaknya Sharnaaz telah tawar hati dengan pelbagai perkara yang telah terjadi kebelakangan ini. Adakah ini bermakna hubungan mereka telah berakhir? Bagi Sharnaaz, dia enggan memikirkan perkara tersebut dan hanya mahu fokus pada kerja. Kata Sharnaaz:-
Saya tidak akan hantar rombongan merisik. Saya sendiri pun tidak tahu ke mana hala tuju hubungan ini. Saya tak pasti dan hanya berserah. Buat masa ini, saya hanya fikir kerja saja. Yang lain, saya malas nak fikir. Terpulanglah pada dia (Shila) nak buat apa sekalipun. Saya tak nak ambil tahu lagi.
shila baruShila Amzah sekarang sedang berseorangan mencari ketenangan manakala Sharnaaz enggan memikirkan tentang perhubungan mereka lagi. Berdoalah agar dipermudahkan untuk mendapat keputusan yang terbaik buat anda berdua. Kalau berpisah itu terbaik, pasti itu jawapan yang akan anda temui. Yang penting, kena redha dengan apa yang bakal terjadi.

Drama Setia Hujung Nyawa Cipta Rekod Dengan Tontonan Cecah 4 Juta

Drama Setia Hujung Nyawa yang telah berakhir baru-baru ini nampaknya mencipta rekod baru apabila jumlah tontonannya mencecah 4 juta. Itu satu angka yang sangat mengkagumkan. Tahniah kepada semua yang terlibat di dalam drama ini.


setia hujung nyawa


Walaupun dibintangi oleh pelakon baru seperti Amar Asyraf dan Nelydia Senrose, ternyata drama yang diadaptasi daripada novel ini mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Pastinya nama mereka berdua akan lebih popular selepas ini gara-gara penangan drama Setia Hujung Nyawa.


setia hujung nyawa

Pierre Andre Selamat Bertunang Dengan Nurhidayah

Pierre Andre telah pun selamat melangsungkan pertunangannya dengan seorang gadis yang berasal dari Johor. Gadis yang berjaya mencuri hati Pierre ini bernama Nurhidayah.


tunang pierre andre

Daripada gambar yang dikongsi oleh MIG Online, jelas terserlah kemeriahan majlis pertunangan Pierre dan Nurhidayah. Semoga segala perancangan mereka untuk mendirikan rumahtangga akan dipermudahkan selepas ini.

tunang pierre andre


Khatijah Tan tentulah manusia yang paling gembira dengan berita ini kerana anaknya bakal bergelar suami orang tidak lama lagi. Tersenyum lebar Khatijah Tan bergambar di sebelah bakal menantunya.


tunang pierre andre
tunang pierre andre

(TAHNIAH)Fizz Fairuz Selamat Bertunang

Pertunangan Pierre Andre, hari ini juga berlangsung pertunangan pelakon televisyen lelaki paling popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011, Fizz Fairuz.



Tunang Fizz bernama Azlyn Massiela Mohd Nazar atau lebih dikenali sebagai Reen. Majlis berlangsung di rumah keluarga perempuan di Kuantan, Pahang.





Semoga segala urusan dipermudahkan dan diberkati Allah SWT sehingga ke jinjang pelamin.

Shila Amzah Hilang, ND Lala Buat Laporan Polis

Sehari sebelum Shila Amzah akan membuat persembahan bersama Psy bersempena Program Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina di Pulau Pinang, Berita Harian hari ini melaporkan berita kehilangannya. Menurut laporan tersebut, Shila Amzah telah hilang sejak enam hari yang lalu.


shila amzah hilang

Susulan kehilangan anaknya, ND Lala telah pun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang jam 10 pagi semalam. ND Lala di dalam laporan polis itu memberitahu sepanjang tempoh kehilangan Shila, anaknya hanya menghantar SMS sekali sahaja untuk memaklumkan dia selamat dan berada di satu lokasi untuk menenangkan fikiran.



shila hilang


Namun begitu, ND Lala percaya anaknya masih berada di dalam Malaysia kerana MyKad dan passport Shila Amzah masih berada di dalam simpanannya. Sementara itu, Sharnaaz melahirkan rasa terkejutnya ketika dimaklumkan mengenai hal ini. Apa pun semoga Shila selamat dan akan buat kemunculan seperti yang dijanjikan di Pulau Pinang..

Majlis Resepsi Dan Berinai Siti Fazurina Dan Hykal Di Pulau Pinang

Sabtu lepas, telah berlangsung majlis resepsi perkahwinan pelakon, Siti Fazurina Mohd Famir, 31, dengan Mohamad Hykal Zulkifli, 32, di rumah pengantin lelaki di Bayan Baru, Pulau Pinang. Koleksi gambar ini ialah dari jurugambar rasmi majlis Fazurina, iaitu Azzaharry Othman.

Photobucket

Adverlets Banner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...