Blogger Widgets

Ahad, 14 Julai 2013

Pelakon Teduhan Kasih, Sherry Ibrahim Semakin Dikenali Oleh Peminat


Pelakon Teduhan Kasih, Sherry Ibrahim Semakin Dikenali Oleh Peminat |Siapa yang tidak kenal pelakon utama dalam Teduhan Kasih yang telah menutup tirainya isteri kepada Adi putra.

 Ketika bekas pengamal perubatan Islam Asyraf Muslim hangat dikatakan akan berkahwin kali kedua dengan seorang wanita, nama Sherry Ibrahim turut diperkatakan kerana ada yang berspekulasi wanita yang dimaksudkan ialah bekas kekasih Asyraf, iaitu Sherry.

Ternyata spekulasi tersebut tidak berasas kerana wanita yang dimaksudkan bernama Wan Sakinah, dan Sherry sendiri menafikan spekulasi tersebut dan mendakwa beliau sudah mempunyai kekasih yang baru melalui sebuah portal hiburan.



Apa yang hendak diperkatakan di sini ialah populariti Sherry yang semakin meningkat dengan mendadak sejak membintangi drama Teduhan Kasih dengan Adi Putra beserta Nabila Huda dan Zarina Zainuddin walaupun beliau sudah lama berada dalam industri.

Sinar Harian melaporkan,  Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9, Sherina Nordin dalam satu kenyataan memberitahu yang drama Teduhan Kasih yang disiarkan melalui Slot Akasia di TV3 mencipta sejarah tersendiri:-
Kami amat terharu dengan sokongan yang diberikan oleh penonton-penonton setia TV3 sehingga mencipta rekod baru untuk drama ini dengan syer penonton sebanyak 53 peratus dan jumlah penonton tertinggi sebanyak 3.6 juta.
Dengan itu, kami berharap agar terus menerima sambutan hebat daripada jutaan penonton kami agar TV3 kekal sebagai saluran TV pilihan Nombor Satu negara
Teduhan Kasih juga mencipta rekod baru dalam sejarah portal video, Tonton di mana ia merupakan drama pertama yang berjaya mencatat tontonan video tertinggi hampir 3 juta sepanjang musim termasuk episod akhir.
Selain itu, sebanyak 413,865 tontonan tercatat menerusi LIVE TV sepanjang musim di laman web, Tonton.
Pada pendapat anda, apa yang menyebabkan drama ini begitu berjaya? Adakah lakonan Adi Putra sebagai Ehsan, Lakonan Sherry Ibrahim ataupun watak ‘pengacau’ yang dilakonkan oleh Nabila Huda? Atau ada sebab lain? Jom kongksikan pendapat anda bersama kami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adverlets Banner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...