Blogger Widgets

Ahad, 14 Julai 2013

Datuk Siti Nurhaliza Rancang Ambil Anak Angkat


Tersentuh dengan keadaan dan situasi di Palestin yang sentiasa bergolak, penyanyi popular iaitu Datuk Siti Nurhaliza menyuarakan hasratnya untuk mengambil anak angkat dari negara itu. Tujuan penyanyi ini adalah untuk meringankan beban penduduk di negara itu yang tak henti-henti ditindas oleh Zionis.

Menerusi laporan mStar Online semalam, perkara ini bakal dibincangkan oleh Siti Nurhaliza bersama suaminya, Datuk K.
“Saya baru diberitahu tadi tentang proses tersebut, Insyaallah nanti saya akan berbincang dengan suami tentang perkara itu.”
Siti turut menjelaskan proses pengambilan anak angkat dari Palestin juga mempunyai syarat tersendiri.
“Ya… saya telah dimaklumkan proses bagaimana untuk membantu mereka, iaitu salah satunya adalah dengan mengambil anak angkat. Namun, kita tidak boleh membawa mereka keluar dari negara tersebut kecuali membiayai kos sara hidup mereka di sana.”
Dalam pada itu, Datuk Siti Nurhaliza telah menerima Anugerah Kemanusiaan daripada Majis Perundingan Islam Malaysia (Mapim) kerana menyokong usaha organisasi tersebut dalam membantu masyarakat Palestin.
Terharu sungguh dengan niat murni Siti Nurhaliza. Diharapkan selepas ini lebih ramai pihak yang berkemampuan tampil membantu golongan yang ditindas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adverlets Banner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...