Blogger Widgets

Khamis, 30 Mei 2013

Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Tentang Perkahwinan Ketiganya

Di bawah ini merupakan soalan-soalan yang telah diajukan kepada Ustaz Azhar Idrus tentang perkahwinannya yang ketiga. Boleh lihat imej di bawah ini.
soalan1
Malah ada yang melontarkan pelbagai ‘persoalan’ berhubung tindakannya itu.
Dan sekarang ini tengah ‘viral’ dalam internet mengenai penjelasan Ustaz Azhar berhubung perkara tersebut.
Ini jawapan beliau :
soalan2
Kuala Lumpur:  Selepas mendapat reaksi pelbagai pihak mengenai perkahwinan kali ketiganya, penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus tampil memberikan penjelasan berhubung beberapa persoalan yang diajukan kepadanya menerusi laman sosial Facebook.
Turut dikenali sebagai Ustaz YouTube, pendakwah berusia 49 tahun itu menjawab pertanyaan mengenai makan beradab yang beliau sebelum ini didakwa berkata tiada di dalam ajaran agama, namun gambar perkahwinan ketiganya menunjukkan sebaliknya.
Saya tidak pernah mengatakan makan beradab haram, yang saya kata haram ialah bersanding dedah aurat,” katanya dipetik daripada Facebook.
Berhubung Beliau turut menjelaskan pesanan di dalam ceramahnya bahawa keutamaan kepada mereka yang ingin berpoligami ialah memilih pasangan dari kalangan janda dan yang kurang berkemampuan kerana wanita perlu dilindungi, Azhar menyatakan terdapat jumhur ulama mengatakan sunat berkahwin dengan orang muda. Ustaz yang mencetuskan fenomena baru dalam konsep dakwah tanah air itu turutmenafikan mempunyai kereta mewah, rumah besar dengan anak serta isteri mengamalkan gaya hidup mewah, sebaliknya hanya menggunakan kereta terpakai manakala keluarga hidup secara sederhana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adverlets Banner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...