Blogger Widgets

Ahad, 26 Mei 2013

Penduduk Kampung Gantung Motor Di Tiang Telefon

Gempar! Penduduk Kampung Gantung Motor Di Tiang Telefon | Mesti anda tertanya-tanya, mengapa motor ini digantung di tiang telefon. KisahBest.My difahamkan motor ini sebenarnya milik dua orang lelaki yang dipercayai terlibat dengan kes kecurian pisang di kebun penduduk kampung. Akibat geram, mereka bertindak menggantungkan motosikal biarpun pencuri tersebut berjaya melarikan diri. Apalah nak jadi, bukankah mencuri itu bredosa

 Kuala Terengganu: Geram gagal menahan dua lelaki yang disyaki mencuri pisang di kebun penduduk Kampung Kesom Che Nordin, Manir, di sini, beberapa penduduk bertindak menggantung motosikal suspek bersama pisang yang dicuri di sebatang tiang telefon di kampung berkenaan, semalam. Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, dua penduduk terserempak dengan suspek sedang mencuri pisang di kebun berkenaan, tetapi dua lelaki itu melepaskan diri meninggalkan pisang serta motosikal mereka. Penduduk kampung yang berang menggantung motosikal dipercayai milik seorang suspek bersama pisang dicuri pada tiang telefon yang terletak 500 meter dari kebun berkenaan. Seorang penduduk Mohd Saudi Deraman, 39, berkata, sebaik dimaklumkan mengenai kebun jirannya diceroboh, dia bersama seorang rakan ke kawasan itu dan nampak dua lelaki berusia 30-an sedang memotong pisang. Foto “Dua lelaki itu terkejut dengan kehadiran kami melarikan diri. Bimbangkan keselamatan kerana mereka ada pisau, kami tidak mengejar mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adverlets Banner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...