Blogger Widgets

Jumaat, 12 April 2013

Katil Yang Hebat


Ni adalah katil sesuai untuk yang dah bekeluarga dan anak kanak-kanak dirumah, sesuai untuk mak ayah yang pentingkan design katil yang hebat untuk anak lelaki atau perempuan dia.



Katil ni sesuai untuk anak lelaki yang jiwa kelajuan cam dalam lagu nyanyian kumpulan Hujan.Simple dan biru kebiruan, harga dia? USD300 sahaja, nama katil ni adalah Sports Car Bed.



Kalau ada anak anda yang dari kecik menggilakan bola sepak dan ingin jadi penjaga gol, katil ini sesuai untuk depa atau anak bujang anda. Tidoq bagaikan seorang player bolasepak terkenal, dia dibina pada 3 bahagian bahagian net tu boleh diturunkan dan boleh menjaga anak kecik daripada terjeromos ke bawah bila dia tidoq dalam keadaan hyper aktif.Harga dalam USD 290




Bagi adik-adik manis yang super comel bak Cinderella dan teringin nak ada katil buah labu cam dalam cerita atau buku cerita dia, bolehlah dibelikan dan diletakkan di dalam rumah. Harga dia mungkin akan membuatkan anda tak jadi beli. USD 47,000. Mungkin kalau untuk dibuat filem bolehlah beli camneh kan daripada nak upah tukang kayu buat,anjing tu tak termasuk sekali na...Bagi yang berminat untuk katil yang agak lebih kurang cam fairy tales tu bolehlah melawat website nih.




Ni lak katil untuk anak-anak yang rajin tengok cerita katun pagi2 di tv3 pasai kepala keretapi tuh, aku pon dah lupa cerita pa tapi best gak la melayan..hehe.harga dia lebih kurang dalam $450.


Ni adalah katil untuk yang sering rasa nak makan ja tiap kali tidoq, pada peminat dan penjual burger bolehlah try beli katil ni kalau masih ada yang nak juai sbab katil ni dah dijual kepada satu orang untuk jualan amal di Chicago.



Ketika Waktu Siang



Bagi pemilik rumah yang ada rumah kecik atau dok dirumah sewa hasil sewaan tokey cina atau india yang agak sep nak bagi set katil untuk hampa, boleh gunakan katil jenis ni yang amat sesuai sekali untuk ruang tamu dan yang memang tau dah balik keja tengah-tengah malam teruih lentok nak tdoq boleh la pakai katil ni dan mudah sungguh nak disimpan. Cuba tengok pada gambaq first tu, takkan ada kawan2 yang sedaq kata tu katil, dan pada malam hari kalau nak tidoq boleh terus saja tarik katil tu turun kebawah dan kena la dengan gaya hampa yang sangat suka menjimatkan kos untuk cari rumah sewa yang besaq sikit.Katil ni di bagi nama Space Economical Bed. Harga tak diberi tapi bolehlah tengok-tengok di website ni Escape-Loggia



Katil diatas ni adalah milik sebuah hotel yang dibagi nama Fantasuite Hotel yang diletakkan dalam bilik hotel depa yang dibagi nama Happy Days Room.


Katil ni sesuai untuk yang berbadan macho dan skinny ataupon untuk orang yang single dan sukakan hidup yang simple dan tidoq dia tak aktif sangat pasai kalau aktif mungkin katil ni boleh pusing cam filem Jack Sparrow masa kena ligan geng-geng selanun dengan dia nak dapatkan kotak hati nyanyian elyana.



Ni katil yang aku paling suka kalau aku ada duit banyak untuk beli kondo mewah yang besaq abah punya ruang dok ada, simple dan sopan sekali, dengan design yang memang zaman filem Tron : Legacy lah ni.Harga dia adalah dalam lingkungan @59,000 sahaja pon..hehehe.. Nama dia adalah Hi Can dan sebab aku suka katil ni pasai dia punya designer yang dari Italiano bernama Edoardo Carlino.Dengan hanya baring atas katil ni hampa dapat surf internet, main game Xbox 360, layan movie dengan projektor yang terpasang kat katil ni bersama pemain DVD bersama sound system skali,sebabtu harga dia memang mahai sangat.


Katil Hi-Can ni penah di persembahkan kepada umum pada satu festival yang di bagi nama Milan Design Week 2009.

Jadi tepok dada tanya designer yang mana sesuai untuk anda letakkan di bahagian sudut kamar tidor anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adverlets Banner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...