Mi
segera adalah mi separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan
minyak, biasanya dimakan setelah dimasak atau direndam di dalam air
panas antara 3 hingga 5 minit.
Bungkusan
perencah selalunya disertakan di dalam setiap bungkusan mi segera. Mi
segera juga boleh dimakan secara mentah kerana mi segera sebenarnya
sudah pun dimasak di kilang, biasanya dengan menggoreng.Mi segera
berasal daripada versi segera bagi masakan Jepun iaitu ramen.
Idea mi
segera sudah pun berakar umbi sejak dari zaman Dinasti Qing di China,
di mana mi yimian digoreng, membolehkannya disimpan dalam jangka masa
yang lama serta disediakan dengan cepat.
Serupa
juga, “mi benang ayam” (mi halus yang digoreng dan dihidangkan dengan
air panas serta pilihan telur) boleh didapati di China dan Taiwan sejak
Dinasti Qing.
Momofuku Andō
Mi
segera moden dicipta di Jepun oleh usahawan Jepun berketurunan Taiwan,
Momofuku Andō (安藤百福), pengasas syarikat Nissin Foods, salah satu
pengeluar mi segera terbesar hari ini.
Mi
keluarannya direbus dengan perencah, digoreng dengan minyak sawit untuk
membuang kelembapan, kemudiannya dikeringkan untuk membentuk gumpalan
mi.
Kaedah
pengawetan lain sudah pun dicuba, seperti pengawetan dengan garam dan
asap tetapi Andō membuat kesimpulan bahawa minyak sawit adalah yang
paling berkesan.
Pada
tahun 1958, Nissin melancarkan mi segera pertama di dunia, Chikin Ramen
(ramen segera berperisa ayam) di Osaka. Satu lagi pencapaian telah
diperolehi pada tahun 1971 apabila Nissin memperkenalkan mi cawan, mi
segera di dalam bekas styrofoam kalis air yang boleh digunakan untuk
memasak mi. Inovasi seterusnya termasuklah menambah sayur-sayuran kering
di dalam cawan, sehingga terciptanya hidangan sup lengkap.
Mi sup daging segera Taiwan di dalam mangkuk styrofoam dengan bungkusan daging kedap udara (yang sudah dibuka).
Menurut
satu undian Jepun pada tahun 2000, mi segera menjadi ciptaan Jepun
paling penting sepanjang abad. Karaoke menduduki tempat kedua, manakala
cakera padat hanya menduduki tempat kelima. Setakat tahun 2005, lebih
kurang 85 bilion hidangan mi segera dimakan di seluruh dunia setiap
tahun.
China
memakan 44 bilion bungkus mi segera setahun, atau 51% daripada jumlah di
seluruh dunia, Indonesia memakan 12 bilion, Jepun 5.4 bilion. Secara
per kapita, rakyat Korea Selatan paling banyak memakan mi segera iaitu
69 bungkus/seorang setahun.
Mi
segera bukan sahaja popular di kalangan pelajar universiti malah boleh
digunakan sebagai kayu pengukur tahap ekonomi. Pada tahun 2005, Indeks
Mama Noodles dilancarkan bagi menunjukkan jumlah jualan mi segera jenama
Mama, pengeluar terbesar di Thailand. Indeks menjadi setabil sejak
Krisis Kewangan Asia Timur, tetapi jualan meningkat sebanyak 15% dalam 7
bulan pertama tahun 2005, yang dianggap sebagai petanda kemelesetan
ekonomi. Rakyat tidak mampu membeli makanan yang lebih mahal, sekaligus
mendorong kepada peningkatan jualan ramen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan