Blogger Widgets

Ahad, 7 April 2013

Awek Cun Yang Suka Makan Span Dan Sabun Mandi!


Wanita ini bernama Kelly Trebilcock dan baru berusia 21 tahun tetapi percaya atau tidak, remaja ini mempunyai tabiat yang amat pelik iaitu suka memakan span pencuci dan sabun sebagai menu hariannya.
Tabiat ini sebenarnya adalah sejenis penyakit yang dipanggil Pica dan dipercayai Kelly telah mengalami penyakit itu sejak tahun 2008 dan selama itu beliau telah memakan lebih 4,000 span pencuci dan 100 buku sabun.
Baginya, rasa kedua-dua ‘hidangan’ itu sama seperti makanan ringan yang sedap dicicah sos. Dia juga gemar mencubit span pencuci dalam saiz kecil seperti biskut sebelum dicelup ke dalam air teh atau coklat panas Bukan sekadar span pencuci, sabun organik berbau lemon dan limau nipis juga menjadi obses gadis aneh itu.
“Jika sedang mandi di dalam bilik air sekali pun saya akan memakan sabun itu,” katanya. Ujarnya lagi, sekiranya keluar bersiar-siar pula, kedua-dua makanan rutin itu akan dibungkus untuk dibawa bersama.
Doktor mengesahkan bahawa Kelly mengalami sejenis penyakit yang dipanggil Pica dan menasihatkannya supaya menghentikan tabiat itu kerana akan menjejaskan sistem tubuhnya nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adverlets Banner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...