Blogger Widgets

Jumaat, 15 Mac 2013

Trak Tentera Sedang Ditunda Rentung

Trak tentera sedang ditunda rentung
Keadaan trak tentera yang terbakar, semalam
 


 14 Mac 2013

SEREMBAN – Sebuah trak tentera yang ditunda rentung selepas terbakar di Kilometer 252 Lebuhraya Utara - Selatan, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 10.25 pagi itu, trak terbabit ditunda sebuah lagi trak dibawa anggota tentera, Mohd Faizul Omar, 26, yang dalam perjalanan ke Kem Terendak, Melaka bagi pelupusan kenderaan tersebut.


Setibanya di tempat kejadian, trak berkenaan mengeluarkan asap secara tiba-tiba sebelum Mohd Faizul memberhentikan kenderaannya.

“Rakan sekerja saya yang mengikuti dari arah belakang dengan memandu kenderaan biasa mula sedari trak yang ditunda tiba-tiba mengeluarkan asap. Dia terus menelefon memberitahu sebelum saya memberhentikan kenderaan,” katanya.

Menurutnya, sebaik saja berhenti di lorong kecemasan, dia melihat api sudah pun marak.

“Ketika itu jugalah, trak yang ditunda tersebut rentung dalam sekelip mata dan kami masing-masing berusaha menyelamatkan diri sebelum menghubungi bomba bagi mendapatkan bantuan,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Ahmad Nizam Sapaiee berkata, sebuah jentera membabitkan tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memadam kebakaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adverlets Banner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...