Blogger Widgets

Ahad, 24 Mac 2013

Apabila Emak Melarang Anak Memakai Tudung



Ni ada satu kisah tentang larangan memakai tudung kepada anaknya..meh baca dengan penuh beremosi..

Di suatu malam yang hening, kedengaran seseorang baru pulang ke rumahnya..ia sendirian di biliknya melepaskan lelah sambil menatap kipas angin di sudut biliknya.


Kesibukan menyelenggarakan ceramah keislaman di masjid betul-betul meletihkan. Suasana hening dan damai di flat kediamannya kerana ramai penghuni masih belum balik dari kerja.

Dari balik dinding sayup-sayup terdengar perbualan jirannya, seorang Ibu tua dengan anaknya.

Anak : Ibu..

Ibu : Hmmm?

Anak : BU!

Ibu : APA?

Anak : Mmm, niii.. tadi saya ke masjid dengar ceramah. Ibu dengarlah ni!

Ibu : IYA! Ibu dengar. Cakap ajalah. Kan ibu tengah sibuk memasukkan benang ke jarum ni. Susah pulak rasanya. Agaknya mata ibu sudah nak rabun.

Anak : Bu!

Ibu : Apa dia? cakap ajelah, Yang?

Anak : Tadi, di masjid seorang ustaz bercerita soal tudung. Katanya pakai tudung itu wajib. Ibu, mulai sekarang saya mau pakai tudung. Boleh tak Bu..?

Ibu : Jangan….

Pemuda dari balik dinding makin menajamkan perhatian pendengarannya.

Anak : Tapi tu perintah Allah. Kalau tidak patuh kita berdosa, Bu. Boleh ya, saya mau pakai tudung?

Ibu : Kan ibu kata JANGAN…

Anak : Tapi bu.. bukan lebih baik saya memakai tudung kerana kerana kita orang Islam dan sudah tentu dapat menjaga maruah dan harga diri saya… betul tak bu…? Bolehlah bu..


Ibu : TIDAK!

Anak : Kenapa? Atau ibu terpengaruh sama cerita bohong pasal memakai tudung? Itu Syariat Islam. Islam yang sebenar bukan adat. Dari dulu memang diwajibkan demikian, bukan trend baru-baru ini aja.

Ibu : Iya, iya Ibu faham tu. Tapi ibu kata JANGAN!

Anak : Jadi Ibu melarang saya nih.. Bu, mau tak mau saya tetap akan pakai tudung. Terserah Ibu nak kata apa. Tak perlu taat pada orang tua, kalau orang tua itu menyuruh maksiat pada perintah Allah.

Ibu : Kamu tak faham-faham lagi ke? Ibu kata jangan, jangan, JANGAN!!!

Anak : WALAU APAPUN JADI BESOK SAYA TETAP PAKAI TUDUNG. MUKTAMAD!

Ibu : JANGAN!

Anak : TUDUNG!

Ibu : JANGAN!

Anak : TUDUNG!!

Ibu : J A N G A N !!!

Anak : TUDUNGGGGGGGGGGGG !!!!

Pemuda tadi sudah tidak dapat menahan keinginannya. Ia terus keluar bilik untuk bertemu ibu dan anak itu untuk membela si anak agar si ibu bersetuju dengan kemahuan si anak. Tangannya sudah terangkat di depan pintu untuk mengetuk..namun terdengar lagi kata-kata dari si ibu..

Ibu : KAMU NI ROSLAN, IBU KATA JANGAN, JANGANLAH! KAMU KAN LAKI-LAKI..BUAT APA NAK PAKAI TUDUNG..

Anak : Dengan muka tak bersalah terus berkata..err, betul juga.. ekekke

Pemuda, Si jiran sebelah pun berlalu dengan langkah yang longlai~

Kah Kah Kah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adverlets Banner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...