Lagu Tanya Sama Pokok yang
diubah suai liriknya dan dinyanyikan semula oleh Datuk Seri Anwar
Ibrahim menunjukkan seolah-olah ketua pembangkang itu cuba
memutarbelitkan keadaan untuk keuntungan dirinya.
Bekas Perdana Menteri,
Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, justeru, beliau khuatir dengan gelagat
Anwar terutamanya selepas Ketua Umum PKR itu mengadakan pertemuan
dengan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur
Misuari.
"Bila dia (Anwar)
berjumpa dengan Nur Misuari, dia sering berkata BN (Barisan Nasional)
akan hilang... bukan kalah. Hilang Sabah... Jadi, apa yang
dimaksudkannya dengan hilang?
"Apakah Sabah akan
'terlepas' dari negara kita atau cuma BN saja yang kalah? Cara dia
bercakap ini memang nampak dia cuba untuk putar belit bagi mendapatkan
sesuatu untuk dirinya," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sele
pas menghadiri program Amanat Negarawan Kepada Rakyat di Dewan Majlis Daerah di sini hari ini.
Dalam ceramah pada 29
Januari lalu, Anwar turut menyanyikan lagu sama dan kali terakhir
dikesan pada 14 Februari lalu iaitu dua hari selepas Kampung Tanduo,
Lahad Datu, Sabah diceroboh kumpulan pengganas Sulu.
Sementara itu, Dr.
Mahathir memberitahu, beliau tidak pernah yakin dengan sebarang janji
yang ditaburkan Anwar termasuk terhadap penduduk Sabah sebelum ini.
"Dia pernah berjanji
dengan (rakyat) Sabah untuk menyemak segala tuntutan termasuk bagi 10
peratus (royalti) minyak kepada Sabah. Macam-macamlah. Tapi semua ini
janji. Apa yang boleh dilakukannya saya tak yakinlah," katanya.
"Tapi inilah Anwar.
Semasa dia ada dalam kerajaan, saya pun hairan macam mana saya boleh
percaya kat dia. Dia penipu yang terbesar sampai saya pun tertipu.
"Kononnya warak, kononnya boleh (kendalikan) usrah tapi buat kerja yang tak boleh diterima oleh orang Islam," ujar beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan