Tak sangka tindakan kami berkongsi gambar (DI SINI)
yang pada mulanya dimuat naik sendiri oleh Datuk Seri Tony Fernandes
mendapat reaksi kurang senang & ada yang mempertikaikannya oleh
sesetengah pihak (kalangan rakyat Malaysia). Tentera Malaysia naik
AirAsia pun jadi satu masalah besar?
Bagi kami, tidak kisah tentera Malaysia
naik pengangkutan apa sekalipun tidak sepatutnya menjadi isu besar,
asalkan pejuang dan wira-wira negara kita selamat sampai ke sana.
Jikalau dengan naik AirAsia mereka lebih
selamat dan & selesa sebelum mengharungi saat getir rasanya tidak
menjadi masalah. Tidak perlulah benda sekecil ini pun kita mahu bertikam
lidah sesama sendiri. Biarkan mereka diberikan kemudahan supaya selamat
pergi dan selamat kembali, itu yang paling penting sebenarnya.
Kami merasakan petugas keselamatan
negara tidak banyak ragamnya. Bukan mereka yang beriya benar naik kapal
terbang komersial tetapi ia adalah berdasarkan keputusan pihak atasan
mereka atas faktor praktikal. Mereka hanya menurut perintah sahaja.
Apa yang penting bagi mereka (tentera Malaysia kita) adalah menunaikan amanah & tanggunjawab menjaga keamanan & keselamatan negara serta kita semua di sini.
Lainlah
ketika latihan, barula pesawat tentera digunakan untuk buat penerjunan
parachute. Kapal terbang tentera boleh digunakan untuk logistik bawa
peluru, landrover, kereta perisai.
Lagipun sebenarnya, Mindef telah ada
“carter” dengan MAS dan juga AirAsia untuk anggota & kakitangan
tentera Malaysia selama tempoh 2 tahun.
- untuk penerbangan tempatan, naik AirAsia
- dan untuk penerbangan ke luar negara, naik MAS
Kelebihan Naik AirAsia Buat Masa Ini!!
- Lebih selesa dengan ruang yang lebih luas
- Lebih menjimatkan masa
- Atas faktor keselamatan
- Ada yang mahu tambah lagi?
Perbezaan Kapal Terbang Komersial VS Pesawat Tentera?
Sanggupkah kita melihatnya?
- A320 boleh terbang ke Sandakan/Tawau dari Malaysia Barat dalam tempoh hanya lebih 2 1/2 jam membawa 170 orang anggota tentera Malaysia dan sekurang-kurangnya 5 tan kargo.
- Dalam tempoh sejam 24, A320 boleh menggerakkan sekurang-kurangnya 850 anggota tentera dan 25 tan kargo. Tiga kali ganda lebih baik berbanding menggunakan pesawat tentera semata.
- Sedangkan, pesawat pengangkutan terbesar TUDM seperti C130 Hercules hanya boleh membawa setengah daripada itu alam tempoh 48 jam. Banyak membantu dalam operasi genting seperti yang berlaku di Lahad Datu Sabah sekarang. Renung-renungkanlah..
- Kita ada 15 pesawat C130 Hercules. 14 digunakan untuk tujuan logistik. 1 lagi untuk tujuan rondaan maritim
- Bagi kami penggunaan AirAsia buat masa ini adalah satu tindakan yang bijak dan lebih menjimatkan
Tentera US dan Britain contohnya pun ada
naik pesawat komersil untuk pergi ke mana-mana lokasi sebelum memulakan
misi. Ada, satu video yang buatkan kami rasa tersentuh an sangat
menarik untuk dikongsikan bersama dengan anda bertepatan dengan isu yang
cuba ditimbulkan kali ini :
Pernahkah kita terfikir di saat mereka sedang menikmati lauk & hidangan yang sedang ataupun menaiki kapal terbang yang selesa, mengetahui ia merupakan yang terakhir buat mereka?
Walaubagaimanapun, Malaysia sekarang ini
sedang menunggu kehadiran 4 buah Airbus A400M. Insyaallah akan tiba
tidak lama sahaja lagi. Dijangka diterima pada 2015.
Berikanlah peluang kepada keselesaan
tentera Malaysia kita sebelum mereka berjuang antara hidup dan mati.
Dalam saat-saat genting sebegini, usahlah mempertikainya dan terus
mempolitikkannya.
P/S : Yang penting adalah selepas solat,
selitkan bersama doa kita utnuk anggota keselamatan yang bertungkus
lumus menjaga keselamatan negara dan kita, semoga diberikan terus
kekuatan & semangat untuk terus berjuang…Apa respon balas nada pula?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan