KENAPA PERLU MENUTUP AURAT???
Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak
perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka berjilbab
(bertudung dan berpakaian labuh) menutupi tubuh mereka.” Yang demikian
itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di
ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (33:21)
Berdasarkan ayat di atas, ALLAH telah jelas menyatakan perihal
mengapa wanita wajib berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh yang
menutupi tubuh mereka dengan sempurna).
Kenapa?? Kerana :
1. Sebagai lambang bahawa mereka adalah wanita yang beriman dan
bertaqwa. Wanita yang sentiasa beriman dan taat, pasti akan sentiasa
mengikuti apa sahaja yang diperintahkan oleh ALLAH dan Rasul-NYA dan
meninggalkan sebarang perkara yang dilarang di dalam agamanya (Islam).
Berbeza dengan mereka yang tidak beriman (tanpa mengira lelaki mahupun
wanita), mereka amat engkar dengan perintah ALLAH dan Rasulullah.
2. Berupaya mengelakkan gangguan daripada golongan yang berhati
jahat. “kerana itu mereka tidak di ganggu”. Bagi point yang kedua ini,
saya ingin membawakan satu perumpamaan. Andainya kita seorang lelaki
dihidangkan dengan satu “show” yang menayangkan wanita dengan keadaan
yang amat menghairahkan (seksi), sudah tentu nafsu syahwat si lelaki
akan terangsang sekaligus mencetuskan satu niat yang jahat untuk
“mendapatkan” wanita yang dilihatnya itu atau pun wanita lain yang
seumpamanya bagi tujuan nafsunya.
Tapi, berbeza pula jika kita sebagai lelaki diperlihatkan dengan
wanita-wanita solehah yang sentiasa menjaga adabnya sebagai seorang
muslimah yang mana lengkap berjilbab. Pasti sejuk mata memandang lalu
mampu mendetikkan rasa keinsafan (malu) dalam diri si lelaki. Begitulah
hakikatnya peranan jilbab mampu mencegah hati-hati manusia yang berniat
jahat.
3. Membezakan sama-ada wanita itu muslim atau non-muslim. “supaya
mereka lebih mudah untuk dikenal” Sebagai seorang wanita muslim,
sewajibnya mereka menutup aurat dan bertudung. Yang dengan itu,
sekaligus membezakan mereka dengan gaya orang yang bukan muslim. Dan
berdasarkan Tafseer Ibn Katheer, jilbab membezakan di antara wanita
hamba dengan wanita yang merdeka di mana orang yang merdeka wajib
bertudung. Manakala dalam tafsiran yang lain, dinyatakan bahawa
pemakaian tudung dan penutupan aurat melambangkan dia adalah wanita yang
bertamadun kerana tahu menjaga kehormatannya.
4. Jilbab (menutup aurat) mampu menghalang pelbagai penyakit kulit.
Menurut kajian saintifik terkini membuktikan bahawa kulit wanita adalah
lebih sensitif berbanding kulit lelaki. Maka oleh kerana itulah, kulit
wanita memerlukan sistem penjagaan yang lebih rapi dan baik berbanding
kulit lelaki. Dengan keadaan zaman sekarang ini yang mana, persekitaran
kita begitu berbahaya dengan pelbagai jenis pencemaran yang melanda.
Renungan:
Ingatlah rakan-rakan wanita ku. Jika anda menganggap pakaian
“haram” yang anda peragakan itu lebih cantik daripada pakaian yang
disarankan oleh ALLAH, maka sebenarnya anda telah cuba menyatakan bahawa
pakaian yang disarankan oleh ALLAH itu adalah tidak cantik. Maka, di
masa anda menyatakan demikian (ditambah anda mempraktikkannya) , maka
anda di saat itu sedang melakukan suatu kesyirikan yang tidak kurang
besarnya, dan menunjukkan anda sungguh berani kerana perbuatan anda itu
sebenarnya menunjukkan anda sedang melawan (memprotes) ALLAH.
Na’uzubillah.
WALLAHU‘ALAM
Assalamualaikum ... semoga niat baik kita berkongsi ilmu agama diberkati Allah ... jom singgah http://veesandii.blogspot.com
BalasPadam