MEMOTONG kuku termasuk dalam sunnah fitrah. Ini jelas apabila Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur." (Riwayat Muslim)
Menurut Imam Syafie, sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat seperti disunatkan juga mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.
Menurut riwayat Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w memotong kuku dan menggunting misai pada Jumaat sebelum Baginda keluar untuk bersolat. (Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani)
Berkenaan ada hari tertentu memotong kuku, tiada hadis yang benar-benar sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh melakukannya tanpa mengikut hari tertentu.
Ada hadis daif yang hukum beramal dengannya dibenarkan terutama ketentuan Isnin, Khamis dan Jumaat sebagai hari diutamakan untuk melakukan ibadat sunat.
Dengan itu, sunat memotong kuku pada hari terbabit secara umum. Dengan berbuat demikian, kita mendapat ganjaran pahala. Bagaimanapun, memotong pada hari lain masih dibenarkan sekiranya perlu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan