Assalamualaikum semua.Hari ni menggigil-gigil n berpeluh-peluh aku depan pc ni.Mungkin sebab demam.Cuti dah gempak dah,sampai 3 hari.Tapi rupanya kegempakan itu menandakan yang aku akan jatuh sakit.Hahaha.Padan muka aku.Macam mana cuti raya haji korang?Best?Berapa ekor lembu tumbang?Dan apa yang korang buat dengan daging korban tu?Wah,macam kena soal siasat dengan polis plak korang ek?Hahaha.Nak buek macam mano eh jang?Dulu masa sekolah aku ni kadet polis.Hahahaha.Pernah jugak aku soal siasat sekor lalat sebab tak puasa masa bulan puasa itu hari.
Cerita pasal korban,macam mana tempat korang?Musti meriah kan?Sama jugak lah dengan tempat aku.8 ekor lembu tumbang.Aku sorang je dah tumbangkan 5 ekor.Tak perlu 5-6 orang untuk membantu.Hebat tak aku?Berbekalkan penampar sulung,terus tersembam lembu tu aku kerjakan.Kalau degil sangat lembu tu,aku terus ugut akan memjentik-jentik 'bebola kehidupan' dorang.Hahaha.Sejak daripada hari ahad tu,aku terus digelar Ultimate Killer oleh geng-geng lembu.Hakhakhakhak(ketawa ganas sambil memegang sebilah pengepit kuku).
Sebenarnya aku tak buat apa-apa pun.Watak terpenting yang aku mainkan masa majlis korban tu adalah watak seorang pemuda yang lari lintang pukang dan menggila kerana dikejar lembu yang terlepas daripada atas lori.Seb baik lah aku ni bijak dan kacak orangnya.Terus aku menyamar jadi ulat beluncas yang sedang kencing.Dan selepas watak dikejar tu,watak aku terus mati kat situ.Hahahaha.
So,dikesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada korang semua.Rasanya masih belum terlambat lagi.Kalau ada lauk pauk daging korban tu lagi,rajin-rajinlah pos kat rumah aku ye.Hahahaha.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan