Sabtu, 2 Februari 2013
Kenapa Tak Boleh Sambut Valentime Day
Kalau tak tahu bolehlah baca artikel penjelasan dari JAKIM berkaitan hari valentine di bawah. Semoga bermanfaat buat kita semua.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
“Amalan merayakan Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih yang tiba setiap 14 Feb tidak pernah dianjurkan oleh Islam.
“Roh perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam,” inilah kata putus Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia yang bersidang buat kali ke-71, hampir enam tahun yang lalu berkaitan Valentine Day.
Biodata Ustaz Don Daniyal
Biodata Ustaz Don Daniyal | Latar Belakang
Ustaz Don Daniyal nie sekarang popular di TV AL-HIJRAH....
Ada rancangan khas bersama ustaz... Aku folo jugak rancangan nie.... Ye
la.... Rancangan realiti boleh folo...takkan rancangan macam nie takleh
folo kan... he he he... Rancangan dia ada slot tajwid...hukum asas...
dan lain-lain... Inilah sedikit sebanyak biodata ustaz Don Daniyal..
BIODATA USTAZ DON DANIYAL
Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Nama Panggilan : Ustaz Don
Tarikh lahir: 14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah Pulau Pinang & Selangor)
Status: Bujang (Kalau lepas nie dah kahwin...kira kahwin la tu... berubah mengikut perkembangan..hehe)
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir
Tarikh lahir: 14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah Pulau Pinang & Selangor)
Status: Bujang (Kalau lepas nie dah kahwin...kira kahwin la tu... berubah mengikut perkembangan..hehe)
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir
Rancangan TV Ustaz Don: 30 Minit Bersama Ustaz Don (TV AL-HIJRAH)
KENAPA PERLU MENUTUP AURAT
KENAPA PERLU MENUTUP AURAT???
Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak
perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka berjilbab
(bertudung dan berpakaian labuh) menutupi tubuh mereka.” Yang demikian
itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di
ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (33:21)
Berdasarkan ayat di atas, ALLAH telah jelas menyatakan perihal
mengapa wanita wajib berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh yang
menutupi tubuh mereka dengan sempurna).
Kenapa?? Kerana :
1. Sebagai lambang bahawa mereka adalah wanita yang beriman dan
bertaqwa. Wanita yang sentiasa beriman dan taat, pasti akan sentiasa
mengikuti apa sahaja yang diperintahkan oleh ALLAH dan Rasul-NYA dan
meninggalkan sebarang perkara yang dilarang di dalam agamanya (Islam).
Berbeza dengan mereka yang tidak beriman (tanpa mengira lelaki mahupun
wanita), mereka amat engkar dengan perintah ALLAH dan Rasulullah.

2. Berupaya mengelakkan gangguan daripada golongan yang berhati
jahat. “kerana itu mereka tidak di ganggu”. Bagi point yang kedua ini,
saya ingin membawakan satu perumpamaan. Andainya kita seorang lelaki
dihidangkan dengan satu “show” yang menayangkan wanita dengan keadaan
yang amat menghairahkan (seksi), sudah tentu nafsu syahwat si lelaki
akan terangsang sekaligus mencetuskan satu niat yang jahat untuk
“mendapatkan” wanita yang dilihatnya itu atau pun wanita lain yang
seumpamanya bagi tujuan nafsunya.
Tapi, berbeza pula jika kita sebagai lelaki diperlihatkan dengan
wanita-wanita solehah yang sentiasa menjaga adabnya sebagai seorang
muslimah yang mana lengkap berjilbab. Pasti sejuk mata memandang lalu
mampu mendetikkan rasa keinsafan (malu) dalam diri si lelaki. Begitulah
hakikatnya peranan jilbab mampu mencegah hati-hati manusia yang berniat
jahat.
3. Membezakan sama-ada wanita itu muslim atau non-muslim. “supaya
mereka lebih mudah untuk dikenal” Sebagai seorang wanita muslim,
sewajibnya mereka menutup aurat dan bertudung. Yang dengan itu,
sekaligus membezakan mereka dengan gaya orang yang bukan muslim. Dan
berdasarkan Tafseer Ibn Katheer, jilbab membezakan di antara wanita
hamba dengan wanita yang merdeka di mana orang yang merdeka wajib
bertudung. Manakala dalam tafsiran yang lain, dinyatakan bahawa
pemakaian tudung dan penutupan aurat melambangkan dia adalah wanita yang
bertamadun kerana tahu menjaga kehormatannya.
4. Jilbab (menutup aurat) mampu menghalang pelbagai penyakit kulit.
Menurut kajian saintifik terkini membuktikan bahawa kulit wanita adalah
lebih sensitif berbanding kulit lelaki. Maka oleh kerana itulah, kulit
wanita memerlukan sistem penjagaan yang lebih rapi dan baik berbanding
kulit lelaki. Dengan keadaan zaman sekarang ini yang mana, persekitaran
kita begitu berbahaya dengan pelbagai jenis pencemaran yang melanda.

be a true muslimah
Renungan:
Ingatlah rakan-rakan wanita ku. Jika anda menganggap pakaian
“haram” yang anda peragakan itu lebih cantik daripada pakaian yang
disarankan oleh ALLAH, maka sebenarnya anda telah cuba menyatakan bahawa
pakaian yang disarankan oleh ALLAH itu adalah tidak cantik. Maka, di
masa anda menyatakan demikian (ditambah anda mempraktikkannya) , maka
anda di saat itu sedang melakukan suatu kesyirikan yang tidak kurang
besarnya, dan menunjukkan anda sungguh berani kerana perbuatan anda itu
sebenarnya menunjukkan anda sedang melawan (memprotes) ALLAH.
Na’uzubillah.
WALLAHU‘ALAM
Cara Memutihkan Kulit
cara memutihkan kulit - Kulit yang putih dan bersih merupakan dambaan setiap orang baik pria maupun wanita terutama di indonesia. Berikut ini adalah tips perawatan kulit tubuh :
- Bengkuang
Ambillah Bengkuang yang masih segar, lalu bilas sampai bersih, kemudian
kupas kulit dan dihaluskan.Lalu usapkan bengkuang yang telah dihaluskan
pada bagian tubuh Anda. Diamkanlah beberapa menit atau sampai besok
harinya, lalu cuci dengan air dingin.Lakukanlah menjelang tidur, dan
melakukannya secara rutin agar mendapatkan hasilnya optimal.
Biodata Ustaz Azhar Izrus
Biodata dan Kisah Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar pendakwah?
Ustaz Azhar Idrus, penceramah dari Terengganu yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya remaja. Setiap kali beliau berceramah, tidak kira dimana, ribuan yang hadir. Kehangatan Facebook juga sedikit sebanyak “mempopularkan” Ustaz ini dengan setiap kata-kata nasihat dan penjelasan berkenaan agama darinya dikongsikan secara viral dan tidak pernah putus.Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium.
Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.
Siapa Ustaz Azhar Idrus
Siapa Ustaz Azhar Idrus Sebelum Bergelar Ustaz Dan Pendakwah
Assalamualaikum, mungkin ramai yang mengenali Ustaz Azhar Idrus ni, seorang Ustaz yang terkenal buat masa ini terutama di kalangan anak-anak muda..
Setiap kali ceramah atau kuliahnya mesti penuh dengan jemaah yang hadir..
Tapi mungkin ramai yang tak tahu bagaimanakah kehidupan Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar Ustaz? Apakah yang dilakukannya? mari baca sedikit sebanyak kisah Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar Ustaz yang dipetik dari Facebook
Tampil Menggoda di mata suami
Tampil Menggoda di mata suami
Bukan sedikit para isteri yang bimbang suami memandang wanita lain yang lebih cantik jelita, oleh kerana itulah, mereka sanggup berbuat apa saja untuk menarik perhatian suami kepada diri mereka. Ada yang menghabiskan wang beribu ringgit untuk rawatan kecantikan dan juga pelangsingan badan.
Tak kurang juga yang sanggup mengamalkan ilmu-ilmu tertentu termasuklah yang bertentangan dengan agama untuk memastikan dirinya kelihatan cantik dan menggoda di mata suami. Hakikat sebenarnya bagi memastikan diri tampil menarik dan berahi di pandangan suami, isteri hanya perlu bermodalkan apa yang ada pada tubuh badan mereka saja.
Berikut disenaraikan beberapa cara yang boleh anda lakukan...
Langgan:
Catatan (Atom)







