AMARAN 18SG: Beginilah keadaan mayat mangsa serangan harimau putih di Zoo India. Gambar diperoleh Dari Kamera Polis Forensik yang meyiasat kemalangan tersebut.
Selasa, 14 Oktober 2014
BAYI 3 BULAN MENINGGAL DI TASKA PERMATA BONDA PUTRAJAYA
Lagi kes bayi meninggal di Putrajaya. Seorang bayi berusia tiga bulan lebih meninggal dunia di sebuah taska di Putrajaya.
Mangsa, Imna Khalisa, 3 bulan+, meninggal di Taska Permata Bonda, Presint 11. Bagaimanapun punca kematian masih belum diketahui. Pihak keluarga mangsa masih menunggu keputusan autopsi yang sedang dilakukan.
Baca luahan hati bapa saudara mangsa di bawah:
Salam... Semalam anak buah saya berusia 3+ bulan telah meninggalkan kami. Kami masih menunggu keputusan autopsi yg sedang dilakukan.
Cerita awl yang saya dapat adalah semasa adik saya ingin mengambil arwah anknya (imna khalisa) di Taska Permata Bonda Presint 11, imna dah keras dan kaku...bile ditanya sekor2 penjaga seperti tatau ape yg berlaku. Dah keras dah chor...imagine brape lame dah imna meninggal br dapat tau. Ada kesan luka di atas hidung dan kepala.
Pernah ada kes dulu taska ni. Korang boleh google 'taska permata bonda'. Aku masih tak faham kenapa dulu takde ape2 tindakan dr pihak berkuasa utk menutup premis tersebut dr terus beroperasi. Sekarang anak buah aku jadi mangsa.
Trust me. Someone will pay and heads will roll.
Thanks kepada semua yg turun semalam dan pertolongan korang semua...appreciate it a lot. Saya merayu utk kengkawan share about this. They need to pay for what they did to my niece! Tiada kompromi
Mangsa, Imna Khalisa, 3 bulan+, meninggal di Taska Permata Bonda, Presint 11. Bagaimanapun punca kematian masih belum diketahui. Pihak keluarga mangsa masih menunggu keputusan autopsi yang sedang dilakukan.
Baca luahan hati bapa saudara mangsa di bawah:
Salam... Semalam anak buah saya berusia 3+ bulan telah meninggalkan kami. Kami masih menunggu keputusan autopsi yg sedang dilakukan.
Cerita awl yang saya dapat adalah semasa adik saya ingin mengambil arwah anknya (imna khalisa) di Taska Permata Bonda Presint 11, imna dah keras dan kaku...bile ditanya sekor2 penjaga seperti tatau ape yg berlaku. Dah keras dah chor...imagine brape lame dah imna meninggal br dapat tau. Ada kesan luka di atas hidung dan kepala.
Pernah ada kes dulu taska ni. Korang boleh google 'taska permata bonda'. Aku masih tak faham kenapa dulu takde ape2 tindakan dr pihak berkuasa utk menutup premis tersebut dr terus beroperasi. Sekarang anak buah aku jadi mangsa.
Trust me. Someone will pay and heads will roll.
Thanks kepada semua yg turun semalam dan pertolongan korang semua...appreciate it a lot. Saya merayu utk kengkawan share about this. They need to pay for what they did to my niece! Tiada kompromi
CERITA SEBENAR KEJADIAN LELAKI DIBAHAM HARIMAU PUTIH DI ZOO INDIA
Kisah tragis seorang lelaki dibaham harimau putih depan pengunjung Zoo Delhi, selasa lalu telah menjadi viral di seluruh dunia.
Berdasarkan keterangan saksi kejadian itu didakwa berlaku kerana besi pengadang terlalu rendah hingga mangsa yang tergelincir dengan mudah jatuh ke dalam kandang harimau.
Bagaimana pun siasatan pihak zoo mendapati mangsa yang dikenal pasti sebagai pekerja kilang bernama Maqsood, 19, sebenarnya bertindak suka rela memanjat besi penghadang sebelum turun ke kawasan berumput yang memisahkan besi penghadang tersebut dengan kawasan kandang.
Maqsood dikatakan mempunyai masalah mental dan datang ke zoo seorang diri pada hari kejadian selepas dimarahi ibunya kerana tidak pergi kerja.
Pengarah zoo Amitabh Agnihotri berkata, Maqsood kemudiannya memanjat dinding konkrit paras lutut lalu terjun ke kandang harimau yang terletak 18 kaki di bawahnya.
Harimau putih berasa terancam dengan kehadirannya namun cuma merenung pada Maqsood yang melutut dan tersandar ketakutan di dinding selama 10 minit.
Apabila orang ramai dan kaki tangan zoo cuba mengalihkan perhatian harimau dengan membaling batu dan kayu sambil berbuat bising, barulah haiwan itu menggigit leher Maqsood lalu menggonggongnya pergi dalam keadaan berlumuran darah.
Dalam pada itu pihak Zoo Delhi menyatakan harimau putih seberat 200kg yang membunuh mangsa kelihatan normal dan meneruskan rutin seperti biasa selepas kejadian.
Difahamkan, pihak zoo tidak bercadang untuk mengeluarkan haiwan tersebut yang lahir dan dibesarkan di zoo berkenaan selama ini kerana ia dianggap jinak dan kejadian tempoh hari berlaku disebabkan reaksi normal harimau apabila kawasan diceroboh secara tiba-tiba.
“Ia tidak menyerang dan hanya bertindak ganas selepas seseorang membaling batu ke badannya,” ujar juru cakap zoo.
Difahamkan enam tahun lalu seorang lelaki dilaporkan nyaris menjadi mangsa singa di zoo sama apabila terjatuh ke dalam kandang namun bernasib baik apabila tidak diapa-apakan haiwan tersebu
Penoreh Getah Tidak Mengaku Bersalah Liwat Isterinya
TEMERLOH – Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan meliwat isteri sendiri. Tertuduh dituduh meliwat isterinya di rumah mereka kira-kira jam 2 pagi 7 Oktober lalu.
Tertuduh mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah. Lelaki terbabit yang berusia 48 tahun dan mempunyai empat anak hasil perkongsian hidup bersama isteri ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh selepas isterinya membuat laporan polis.
Berdasarkan laporan, kejadian itu bukan kali pertama sebaliknya sudah beberapa kali berlaku tanpa kerelaan isteri. Mangsa bekerja sebagai buruh am membuat laporan polis selepas mendakwa mengalami tekanan akibat kejadian itu.
Hakim Jamaludin Mat memerintahkan tertuduh diikat jamin RM5,000 selepas tertuduh merayu wang jaminan dikurangkan sebelum menetapkan 13 November depan sebagai sebutan semula kes.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan
LUAHAN HATI MANGSA DIANIAYA BANK ISLAM
Wang gaji dikumpul dan disimpan dalam sebuah bank yang menggunakan nama Islam akhirnya hilang begitu sahaja tanpa sebarang penjelasan yang kukuh dari pihak bank.
Mangsa, Erman Syah Abdul Hamid, tidak dapat menerima hakikat bahawa wang yang dimasukkan dalam akaun Bank Islam itu dikumpulnya sejak beberapa tahun yang lalu untuk perbelanjaan di Tanah Suci.
Baca luahan hati mangsa penipuan Bank Islam yang menganiaya pelanggannya di bawah:
Bank Islam - Bukan Bank Pilihan Saya
Sebagai seorang pengguna beragama Islam, saya amat berbesar hati dan teruja menjadi pelanggan sebuah bank yang mempunyai perkataan "Islam" pada namanya. Mesti gah dan tidak menyusahkan pelanggan dan serba-serbinya baik berbanding bank lain yang belum tentu 'shariah-compliant'.
Tetapi apa ada pada nama? Bukan sedikit orang atau organisasi meletakkan perkataan Islam pada nama organisasi mereka tetapi menjadi topeng untuk melariskan bisnes mereka.
Pertengahan tahun ini, saya membuka akaun semasa di Bank Islam setelah mempunyai akaun simpanan dan akaun pembiayaan peribadi sejak beberapa tahun lepas. Barulah tembelang Bank Islam terbongkar. Cek berjumlah 5 digit, hasil kerjaya selama setahun tanpa dipastikan sebabnya telah 'hilang'.
Pelik., setelah kira-kira 3 minggu cek dimasukkan, tiada panggilan dari bank diterima menyatakan cek bermasalah. Jadi, saya dengan yakin mengeluarkan cek persendirian tidak melebihi amaun yang ada di dalam akaun simpanan. Alangkah terperanjatnya kedua-dua cek saya adalah cek tendang!
Bank Islam bila dihubungi bermati-matian menyatakan saya tidak memasukkan cek ke Bank Islam. Hanya setelah saya memeriksa dengan syarikat pengeluar cek, menyatakan cek sudah lama ditunaikan dan saya akan membuat aduan ke Bank Negara seandainya cek masih hilang, barulah menggelabah kakitangan bank menyatakan cek memang sudah ditunaikan tetapi tidak dimasukkan ke akaun saya.
Jawapan apakah ini? Jika saya ada bisnes besar tidak mungkin saya perasan kehilangan wang sebegitu kecil. Tetapi kerana kerjaya cuma makan gaji, maka apa yang diperolehi amat berharga.
Bukan itu sahaja bala dikurniakan oleh Bank Islam kepada pelanggannya. Saya ketika itu cuma menghitung hari untuk ke Tanah Suci. Dengan jelas dan terang saya memberitahu satu cek tersebut adalah untuk dimasukkan ke akaun simpanan saya supaya menjadi belanja di Tanah Suci. Tetapi bila di Tanah Suci, wang di dalam akaun cuma seratus lebih.
Dua bulan 'menghambat' bank Islam dan aduan ke Bank Negara sudah pun dibuat, saya meminta permintaan khas kerana kepayahan yang di'hadiah'kan kepada saya ini, kurangkanlah faedah ke atas pinjaman peribadi saya. Adakah kesusahan ini disebabkan kesilapan saya. Tetapi dengan angkuh dan tidak rasa bersalah, Bank Islam membalas email saya menyatakan kadar faedah pinjaman TIDAK DAPAT dikurangkan. Malah dicadangkan membuat pinjaman lagi dengan Bank Islam.
Jadi ... SEGALA KESUSAHAN YANG DITERIMA OLEH SAYA KERANA KESILAPAN BANK ISLAM ADALAH PERCUMA??????
Untuk sahabat yang membaca status ini, jadikan iktibar. Dewasa ini, perkataan ISLAM didalam organisasi adakalanya cuma pelaris bisnes, semangat ISLAM tidak dijiwai dan diterapkan. Janji untung, agama boleh dijual-beli.
Jika tidak keberatan, mohon SHARE dan VIRALkan.
Jika rasa tidak perlu, saya tidak memaksa. Saya berharap anda semua mengambil iktibar....
Kredit Erman Syah
Bagaimanapun, mangsa telahpun mendapat kembali wangnya yang 'dihilangkan' oleh tersebut. Itupun setelah didesak berulang-ulang kali.
"Saya dah serik berurusan dgn Bank Islam Lisa. Tak sangka nama Islam tp perangai Yahudi. Dan takde faedah berlembut juga memandangkan seantero Malaya ni ada masalah dgn Bank Islam. Saya akan bayar segala hutang-piutang tg saya akan pastikan kawan2 saya tak tertipu dgn kulit Islam bank Islam ni." katanya.
Kisah Benar Yang Menyayat Hati: Seorang Bapa Dan Anaknya
Kali ini kami ingin kongsikan satu kisah dari sebuah blog perihal seorang pengguna facebook, ARieda Akhtar U’waisyah telah memuat naik gambar dan caption yang pasti menyentuh hati pembaca sekalian. Kisah seorang bapa ini pasti mampu membuat anda menangis.
Baca kisah ini di bawah:
Coretan semalam..tersua dan lunch dgn hamba Allah ini merupakan bapa muda awal 30an…membawa anak kecil lelaki umur 3 bulan di bawah panas terik matahari.Sejak 2 minggu lalu berjalan hampir 2km setiap hari sambil membawa anak kecilnya itu ke sebuah pasaraya tempat kerja si isteri untuk menghantar makanan yg dimasaknya sendiri di bilik yg disewa rm300 sebulan.Baru sahaja berhenti kerja sebagai pengawal keselamatan untuk sementara bagi menjaga anak sementara si isteri tak melepaskan tawaran kerja yg terpaksa diambil.Dah lama tak makan nasi berlauk katanya sambil menghirup semahunya milo ais yg dipesan,anak kecil tiba2 terjaga dan merengek minta susu yg dah habis,air kosong jadi penganti botol susu babynya..
Biasa tengahari buat jeput gandum@cekodok kat bilik n hantar bekalan pada isteri katanya. Kos tinggal di Bandaraya,sewa rumah yg tinggi,taska yg mahal,terasing dan berjauhan dari kampung halaman,sikap ingin berdikari yg lahir dari keluarga yg susah dan sebagainya memaksa dia dan isteri menyewa bilik dan melalui semua itu.
Tiada tanah,kereta,motor dan harta peninggalan dari orang tuanya.selesai makan,not hijau yg diberi diambil dengan gengaman salam yg kuat dan ucapan yg sayu,sambil mohon berlalu pergi dengan segera..mungkin ingin cepat mencari susu buat anak kecilnya sementara si ibu menyusu di mlm hari setelah usai kerja..
Sudah lama ku memerhatikannya mundar mandir membawa anak kecilnya itu..Ya Allah,nikmatMu terlalu luas Ya Allah…Rahmatmu didambakan setiap insani….Astagfirullah..ampunkan kami ya Allah…Permudahkan urusan hambamu ini.
Isnin, 13 Oktober 2014
Bahaya E-Rokok: E-Rokok Meletup Kaki Berlubang, Rumah Rosak
Merokok sememangnya merbahayakan kesihatan kerana kandungan dalam rokok tersebut mengandungi bahan-bahan yang boleh memudaratkan kesihatan. Namun Tindakan seorang perokok beralih kepada e-rokok kerana faktor kesihatan bertukar tragedi apabila alat itu meletup dan mencederakan kakinya.
Kejadian itu berpunca kerana David Aspinall dari Wigan mengecas alat itu terlalu lama hingga ia meletup dan serpihan besi terkena pada beberapa bahagian kakinya.
Malahan, sebahagian besar perabot rumah pangsa lelaki berusia 48 tahun itu juga rosak akibat letupan itu.
Akibat kejadian itu, Aspinall terpaksa menerima rawatan selama sembilan hari di hospital.
Dia mendakwa kakitangan dan doktor yang merawatnya menganggap kecederaan yang dialami itu umpama luka tembakan.
"Kaki saya berlubang akibat terkena serpihan alat e-rokok itu dan pakar bedah memberitahu ia umpama luka terkena tembakan," katanya.
Akibat kecederaan itu, lelaki itu terpaksa menjalani rawatan kulit selama tiga tahun.
Dia bagaimanapun bernasib baik kerana ketika kejadian masih mampu memaklumkan kejadian itu kepada jirannya dengan menggambarkan insiden itu umpama babak ngeri dalam filem.
Berikutan kejadian itu, Aspinall akhirnya membuat keputusan untuk menggunakan rokok biasa yang dianggap lebih 'selamat'.
Dia juga mendakwa pekedai yang menjual alat e-rokok itu patut dipersalahkan kerana menyediakan bateri yang rosak.
Pada Ogos lalu, seorang lelaki berusia 62 tahun dari Merseyside meninggal dunia akibat kejadian sama, sekali gus kes pertama di United Kingdom membabitkan letupan e-rokok.
Langgan:
Catatan (Atom)




















