Tiga suspek telah ditangkap oleh polis Brazil kerana disyaki kanibal yang telah membunuh dan menjamah tubuh sekurang-kurangnya dua orang wanita yang mereka mungkin telah jadikan inti pastri Brazil berbentuk karipap iaitu empanada,
Jumaat, 22 Mac 2013
Cacing@Larva Pada Manusia
Terdapat 150 spesies botfly dikenali di seluruh dunia tetapi spesis sahaja yang memilih manusia kerana ia menjadi tuan rumah kepada larva Dermatobia hominis. Ia adalah endemik (secara meluas merebak) di Mexico dan Amerika Tengah tetapi tidak di Asia. Sesetengah daripada kita mungkin merasa kelegaan tetapi berhati-hati ia tidak mungkin akan merebak di negara kita jika sanitasi dan kebersihan yang kurang dijaga.
Samad Dan MCD
Samad : "halooo...mekdi?
~McD : "iye...nak pesan apa?
•Samad : "ayam ada?"
~McD : "ada..."
•Samad : "boleh beradu dgn ayam laga sy x?"
~McD : (tutup telefon)
•Samad : "hallo mekdi ke ni?"
~McD : "iya betul.. Oow ini yg tadi telefon yeee!!!
•Samad : " nk tanya makanan ini... ayam ad lagi?"
~McD : "ada...!!!"
•Samad : "nasi...dgn eskrim ada?"
~McD : "msh ada..."
•Samad : "kesian sekali tak laku yaaa..."
~McD : "dasar orang gilaaaa!!!" (Tutup telefon)
•Samad : "hallo mekdi?"
~McD : "orang gilaaa kau jgn main2 yaaa !!!"
•Samad : "iya... maaf mau tanya, buka 24 jam yaa?"
~McD : "iya... kenapa nak pesan pape?"
•Samad : "tak... cuma kesian tak tidur tidur nih..."
~McD : (baling telefon)
•Samad : "hallo ini mekdi?"
~McD : "kau jgn lebih2, sy cari sy blasah baru ko tau..!!! (mulai marah)"
•Samad : "maaf... serius sekarang mau pesan makanan niih"
~McD : " haa cmtu laa.. jangan main2 lagi yaa ... Pesan apa?"
•Samad : "bubur kacang hijau ada tak ???"
Mcd~ (Kejang... Mulut Berbuih....
Dan Pengsan seketika..)
Bayi yang Dilahirkan Oleh Seorang Penagih Dadah
Dipercayai bahawa gambar di atas merupakan bayi yang dilahirkan oleh seorang perempuan Rusia akibat menagih dadah. Tidak dapat dipastikan bahawa bayi yang dilahirkan hidup atau mati.
SAMPAI TUJUH KETURUNAN SAYA TIDAK AKAN BAWA ANAK KE MANA-MANA ZOO
MELAKA: “Saya perasan siamang itu melompat-lompat atas jalan sambil mengejar beberapa pengunjung. Saya sangka ia jinak dan memang dilepaskan untuk hiburan pengunjung zoo menyebabkan kami tak bimbang menghampirinya.
“Bagaimanapun, sebaik menghampiri haiwan itu berpusing dan menerkam lalu menggigit kuat betis kanan kaki anak saya yang sedang didukung,” kata Kamarul Baharin Othman, 37, yang anak lelakinya, Muhammad Afieq Haziq, 3, parah akibat betis kanannya digigit seekor siamang hingga terkoyak dan menampakkan tulang ketika melawat Zoo Melaka di Ayer Keroh di sini, kira-kira jam 2.30 petang, kelmarin.
Ibu Biar Anak Khalwat
Seorang ibu tergamak menyembunyikan perbuatan anak perempuannya daripada ditangkap khalwat dalam satu serbuan oleh Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Ledang di sebuah rumah di sebuah taman perumahan di Tangkak, awal pagi semalam.
Bagaimanapun, tindakan wanita berusia 44 tahun itu yang mendakwa teman lelaki anaknya sebagai anak saudaranya dari Segamat terbongkar.
Ia berikutan anak perempuan wanita terbabit yang berusia 17 tahun mengaku lelaki berusia 16 tahun dan tidak bersekolah itu adalah teman lelakinya, selain bercadang untuk berkahwin pada Mac tahun depan.
Lebih malang, ibu remaja terbabit turut diarah hadir ke Pejabat Agama Daerah Ledang kerana didapati nikah tanpa kebenaran di Narathiwat, Thailand pada 2004.
Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Penguatkuasa, Mohd Zainal Kadiran memeriksa rumah tersebut.
Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang wanita berbaju tidur membuka pintu.
“Pihak penguat kuasa terpaksa menunggu hampir 10 minit sebelum wanita berkenaan membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.
“Pemeriksaan lanjut menemui seorang remaja lelaki berseluar pendek tanpa memakai baju dalam sebuah bilik, manakala remaja perempuan sedang baring di atas katil,” katanya kepada Sinar Harian.
Sulaiman berkata, pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.
“Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing,” katanya.
Beliau berkata, mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Manakala ibu remaja perempuan terbabit diarahkan hadir ke Pejabat Agama Darah Ledang kerana bersubahat dan akan didakwa di bawah Seksyen 40(2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam kerana nikah tanpa kebenaran
Kolam Renang Dalam Van
Kolam renang awam di China dikatakan terlalu sesak, kotor, dan kanak-kanak amat dilarang untuk mendekatinya. Disebabkan masalah tersebut, seorang bapa tekad menyediakan sendiri kolam renang istimewa untuk anaknya.
Dia membuang kesemua tempat duduk belakang dalam vannya. Kemudian dia menggunakan nilon dan juga dawai untuk menghasilkan kolam renang. Kolam tersebut diisi dengan air dan akhirnya sedia untuk digunakan.
Kolam ini berkeluasan sekitar 1.7x1.3 meter dengan isian air paras kedalaman kira-kira 20 sentimeter. Kanak-kanak yang ditemuramah mengatakan, "Gembira!Hebat dan selesa!" Dia sendiri mengakui gemar bermain dalam kolam renang tersebut hampir setiap hari. Ayahnya pula mengatakan van tersebut tidak lagi digunakan dan ianya cara terbaik bagi menjamin anaknya sentiasa bersih dan selamat ketika berenang. Mereka sekeluarga tinggal di Wenzhou, Zhejiang, China.
Langgan:
Catatan (Atom)












