Blogger Widgets

Khamis, 14 Mac 2013

Cara Berkesan Memikat Lelaki

Gambar : google images
Masih gagal mencari cinta dan memikat lelaki? Apa kata kita ketahui pula bagaimana cara-cara yang terbukti berkesan untuk mendapatkan lelaki impian anda. tak kira lelaki ataupun perempuan, kita perlukan pasangan. untuk dijadikan bakal suami atau isteri. sesetengah tips ini juga boleh diamalkan oleh para lelaki yang masih belum ada pasangan tu. Jom kita baca sama-sama…

Apakah Hukum Memakai Gelang Tangan Atau Kaki Berloceng

Soalan 1 :
Apakah hukumnya memakai dengan gelang kaki/tangan yang berloceng ?

Jawapan 1 :
Merujuk kepada kitab Bahrul Mazi, (ringkasan Sahih al-Tamizi), memakai loceng adalah ditegah oleh syarak kerana bunyi loceng itu menyebabkan tiada malaikat Rahmat mendekatinya. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang dikeluarkan oleh Abu 'Isa al-Tirmizi yang maksudnya:

"Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Tiada menyertai malaikat Rahmat bersama jamaah (kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan loceng"

Oleh yang demikian, elakkanlah dari memakaikan gelang kaki/tangan yang ada loceng pada anak perempuan..

Rabu, 13 Mac 2013

Anggota Polis Terselamat Menceritakan Bagaimana Kekejaman Penceroboh


Kisah di bawah adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang anggota keselamatan yang terselamat. Kini belaiu lumpuh ke dua belah tangannya kerana ditetak oleh pengganas Sulu di Lahad Datu. Nama beliau terpaksa dirahsiakan atas permintaan.

Dia ditembak, namun dia bernasib baik kerana tembakan itu tidak tepat kepadanya Sebaliknya tembakan itu tepat mengena Tuan Ibrahim. Tiba-tiba datang pengganas Sulu dengan parang lalu cuba menetak beliau beberapa kali. Dia menggunakan tangannya untuk menahan tetakkan menyebabkan jari-jari dan ke dua tangannya hampir putus.

Dia menceritakan bahawa sebenarnya yang meninggal cukup sifatnya hanyalah seorang, yang lain semuanya terkorban dalam keadaan yang amat ngeri. Pengganas seolah-olah hilang ingatan, walaupun ada anggota kita yang telah mati ditembak tetapi mereka datang lalu memenggal kepala dan merodok perut mayat dengan parang.

Ada antara mayat anggota yang dipotong kaki tangannya. Malah dikoret mata jasad yang terbujur kaku itu.Mereka mahu pastikan musuh mereka benar-benar mati. Zalim dan kejam itu perkataan yang paling sesuai untuk perbuatan mereka.

Dia bernasih baik kerana dalam kesakitan itu, dia melarikan diri ke dalam rumah orang kampung. Dia juga dapat melihat mayat Tuan Ibrahim, diheret oleh seorang anggota yang terselamat ke dalam sebuah rumah yang lain. Dua puluh jam dia bertahan menunggu bantuan sehingga darahnya hampir kering. Dia dapat melihat dengan jelas bagaimana semut datang menghurung luka-lukanya. ALLAH MAHA BESAR, diturunkan hujan dan dia hanya minum air hujan itu.

Akhirnya dia diselamatkan. Ke dua-dua belah tangannya yang hampir putus telah dijahit semula. Namun sehingga kini dia masih tidak dapat menggerakkan tangannya itu.

Airmatanya berlinang, dia tidak akan melupakan peristiwa pasukannya diserang hendap tempoh hari. Dia juga tidak akan melupakan kekejaman yang dilakukan oleh pengganas-penggans itu. Mereka terlalu zalim.

Al-Fatihah buat Pejuang-pejuang yang yg pergi.. semoga arwah ditempatkan dikalangan para syuhada.. Amin

Tiada anggota keselamatan yang belot



 Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tiada anggota keselamatan yang 'belot' apabila memperlekehkan keupayaan anggota keselamatan negara dalam menentang penceroboh di Sabah.
"Kalau betul ada, tentu mereka sudah kena tindakan. Jika pun memang ada pembelot itu, saya yakin pihak berwajib akan bawa orang itu ke muka pengadilan.
"Saya tanya Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib mengenai perkara itu. Harap khabar angin jangan dibesarkan," katanya dalam Program 'Helo Malaysia' terbitan BernamaTV di Wisma Bernama di sini Selasa malam.
Beliau juga meminta semua pihak supaya tidak menyebarkan perkara yang tidak benar dan mendapatkan pengesahan terdahulu sebelum mempercayai sesuatu perkara.

Gadis Yang Sindir Dan Mempertikai Hukum Allah Di beri Balasan Serta Merta


Baca dan hayati sepenuhnya cerita di bawah ini yang benar-benar berlaku di BUMI ISLAM sendiri iaitu Iskandariah, Mesir. Moga kisah dibawah ini cukup menyayat hati anda sehingga menyedarkan anda dari terus leka dengan permainan dunia yang melalaikan.


Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.

Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Al-Fatihah buat wira muda negara, Allyahyarham Ahmad Hurairah Ismail


Terkini Di Lahad Datu | Al-Fatihah buat wira muda negara, Allyahyarham Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Tujuh Rejimen Askar Melayu Diraja



Terkini Di Lahad Datu | Al-Fatihah buat wira muda negara, Allyahyarham Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Tujuh Rejimen Askar Melayu Diraja | Inilah sunnah orang berjuang, samaada memperolehi kemenangan ataupun Syahid bertemu dengan Allah.



 Ahmad Hurairah Ismail, beliau merupakan anak muda yang patut dibanggakan, sebelum beliau Syahid beliau sempat membuat pesanan ringkas kepada keluarganya di kampung antara kandungan SMS beliau adalah ' 
SMS terakhir anaknya berbunyi `salam abah,ma doa la orng slmt...era'. Gambar kecil itu adalah bapa beliau

Bahagian kepak atau leher ayam amat bahaya kepada wanita



Kepak ayam memang sedap tapi…
Kisah Benar, Seorang rakan wanita baru-baru ini mempunyaiketumbuhan dalam rahim, dan dia menjalani pembedahan untukmembuang sista tersebut. Sista yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.
Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya. Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau.

Leher ayam turut punyai bahayanya tersendiri
Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayamdan dia menjawab ya, tertanya-tanya tentang bagaimana, dia tahu tabiat makannya. Sebenarnya pada hari ini ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain daripada keperluan untuk makanan.
Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher atau kepak. Ini disebabkan di tempat-tempat ini bahawa kepekatan tertinggi steroid wujud. Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan ayam kerana ia mempercepatkan pertumbuhan.
Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita, ini membawa kepada wanita yang lebih cenderung untuk pertumbuhan sista yang di dalam rahim. Oleh itu, saya menasihati orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam. Wallahualam.

Adverlets Banner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...