Blogger Widgets

Rabu, 13 Mac 2013

BAHAYA ROKOK ELEKTRONIK!


BAHAYA ROKOK ELEKTRONIK!




KESAN BURUK PENGGUNAAN ROKOK ELEKTRONIK | Trend terkini remaja Malaysia adalah menghisap rokok elektronik sebagai usaha untuk berhenti merokok. Tetapi, tahukah anda rokok elektronik sebenarnya tidaklah begitu bagus untuk diamalkan?

(Video) Ainan Tasneem – 150 Juta


ainan2
Lirik Lagu 150 Juta: Ainan Tasneem
Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”
Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu
“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”
Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata
“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”
“Saya kenal sayang saya”
Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua

Isnin, 11 Mac 2013

Budak-8-Tahun-Kahwini-Wanita-61-Tahun

 
 Pengantin perempuan berusia 61 tahun dan pengantin lelaki adalah seorang budak lelaki berusia lapan tahun! Kedua-dua keluarga pengantin hadir di majlis perkahwinan Sanele Masilela (8) dan Helen Shabangu (61) termasuk suami pengantin perempuan dan lima orang anaknya di Zimbabwe.

Makcik budak itu, Patience Masilela (46), menjelaskan mengapa perkahwinan itu harus berlaku "Budak itu dinamakan atas nama mendiang datuknya yang tidak pernah mempunyai majlis perkahwinan white wedding (seperti dalam gambar), jadi nenek moyang memberitahu budak itu untuk berkahwin dan dia memilih Helen sebagai pengantin perempuannya. Keluarga mengambil hasratnya melalui kata-kata budak itu untuk berkahwin sebagai hal yang sangat serius. Mereka membayar wang pengantin perempuan pada Mac tahun lepas dan menghabiskan banyak belanja pada perkahwinan itu kerana mereka percaya ia adalah apa yang nenek moyang mahukan."

22 MAYAT PENGGANAS DIBAWA KELUAR!


Update terkini pada jam 12,00 tengahari, pasukan keselamatan mengeluarkan kira-kira 22 lagi mayat pengganas Sulu dari kawasan pertempuran di Kampung Tanjung Batu dan Semporna serta seorang lagi pengganas Sulu ditembak mati, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib pada Isnin.

Beliau berkata, kesemua mayat itu dihantar ke Hospital Tawau dan Lahad Datu untuk siasatan forensik dan bedah siasat.

TERKINI LAHAD DATU. SIDANG MEDIA PDRM

TERKINI LAHAD DATU. SIDANG MEDIA PDRM



 - 11 MAC 2013 (10.45 AM)

Jumlah tangkapan setakat hari ini, seramai 97 orang dan semua tangkapan disiasat di bawah Seksyen 130C (1) (a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Security Offences (Special Measures) Act 2012.

Setakat hari ini, 54 orang penceroboh telah berjaya ditembak mati dan daripada jumlah tersebut 22 mayat telah dibawa keluar. Manakala jumlah pasukan keselamatan yang tercedera setakat ini ialah 6 orang.

NURUL IZZAH Berjubo Di Lahad Datu Juga !!!



Korang lihat lah video ini betapa BIADAP & KURANG AJAR nya manusia bermulut puaka bernama Nurul Izzah di satu ceramah PKR di Bangsar .

Sudah lah tak tahu apa langsung tentang tugas & tanggungjawab Polis , anggota Sang Saka Biru yang sedia berkhidmat terus dihina oleh pemimpin PKR . 

Jadi , tak hairan lah media-media mereka serta macai-macai penyokong mereka di blog & facebook mengutuk & menghina anggota polis yang terkorban di Lahad Datu .

KREW MEDIA CEMAS TERSEREMPAK PENGGANAS KETIKA BUAT LIPUTAN


 
 
Sekumpulan wartawan dan jurugambar menempuh pengalaman mendebarkan apabila terserempak anggota militan bersenjata ketika membuat tinjauan di Kampung Tanjung Labian, Felda Sahabat dekat sini hari ini.

Lebih mencemaskan, lapan wartawan dari pelbagai syarikat media itu "dipaksa" berlari bersama penduduk yang secara tiba-tiba keluar dari tempat persembunyian dan bertempiaran meninggalkan kampung itu.

Kejadian pada kira-kira 10 pagi itu melibatkan wartawan dan jurugambar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), jurugambar The Star, New Straits Times serta jurukamera dan pemberita Bernama TV dan Al-Hijrah.

Adverlets Banner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...