Blogger Widgets

Sabtu, 9 Mac 2013

PELIK TAPI BENAR: Budak 2 tahun boleh kendali jentolak

BALING - Mengendalikan jentolak memang perkara biasa, tetapi amat mustahil sekiranya ia dikendalikan seorang kanak-kanak yang baru berusia dua tahun.




Adam dikatakan akan menangis jika tidak dapat kendalikan jentolak berkenaan. 
 Namun, dengan kuasa ALLAH Ahmad Adam Haziq, 2, boleh mengendalikan jentolak itu sejak dua minggu lalu kerana sering mengikuti ayahnya ke tapak kuari pasir di Sungai Ketil Becah Sawa.

 Ayahnya, Amran Ahmad, 43, dari Kampung Becah Sawa berkata, anak kedua keduanya itu boleh menghidupkan jentolak, menggerakkan malah mengorek pasir seperti biasa.

 Kelebihan Adam disedari setelah dia menangis hanya kerana ingin mengendalikan jentolak tersebut.

 Amran berkata, pada mulanya dia tidak membenarkannya kerana tidak mempercayai anaknya itu mampu mengendalikan jentolak itu.

 “Dia (Adam) terus menangis, dan mendesak mahu mengendalikan jentolak itu, jadi saya membenarkannya dengan pemantauan saya.

 “Saya betul-betul terkejut kerana Adam memang boleh mengendalikan jentolak itu dengan baik seperti mereka yang telah berpengalaman,” katanya kepada Sinar Harian.




Ahmad Adam tenang semasa mengendalikan jentolak. 
Ditanya bagaimana anaknya itu mampu mengendalikan jentera berat itu, Amran berkata, anaknya itu sering berada di kawasan kuari itu selain turut diajar oleh salah seorang pekerjanya.

 “Pekerja saya sering mengajarnya, saya pun tidak pernah ajar Adam bawa jentolak ini.

Disebabkan itu, saya terkejut setelah melihat kemahirannya itu,” katanya.

 Menurutnya, Adam seorang yang cenderung kepada aktiviti menukang malah pernah meleraikan beberapa komponen motosikalnya.

 “Adam pantang tengok kayu, kalau ada, pasti dia nak paku. Memang itu hobinya. Tetapi, saya sama sekali tidak menyangka dia mampu bawa jentolak.

 “Kini, setiap hari saya perlu membawa Adam ke sini agar dia dapat mengendalikan jentolak ini. Sekiranya tidak, dia akan menangis,” katanya.

 Amran berkata, walaupun Adam mampu mengawal jentera itu dengan baik, dia tetap mengawasi anaknya itu agar tidak berlaku sebarang kejadian tidak dingini.

 “Di sini kawasan sungai, sebarang kejadian boleh berlaku. Adam hanya mengendalikan jentolak ini sekiranya ada pemantauan dari saya mahupun pekerja lain di sini,” katanya.[SH]

Tentera Malaysia Naik AirAsia Dalam Krisis Lahad Datu Sabah Pun Jadi Isu & Kontroversi? Patutkah?

Isu AirAsia Lahad Datu Sabah Tentera Malaysia Naik AirAsia Dalam Krisis Lahad Datu Sabah Pun Jadi Isu & Kontroversi? Patutkah?


Tak sangka tindakan kami berkongsi gambar (DI SINI) yang pada mulanya dimuat naik sendiri oleh Datuk Seri Tony Fernandes mendapat reaksi kurang senang & ada yang mempertikaikannya oleh sesetengah pihak (kalangan rakyat Malaysia). Tentera Malaysia naik AirAsia pun jadi satu masalah besar?
Bagi kami, tidak kisah tentera Malaysia naik pengangkutan apa sekalipun tidak sepatutnya menjadi isu besar, asalkan pejuang dan wira-wira negara kita selamat sampai ke sana.

Penyanyi Sebenar Lagu Sayang

         Video Lagu Sayang Shae Versi Lelaki | Aku Stress Giler
 
Inilah penyanyi sebenar lagu Sayang yang dipopularkan Shae.  Tidak disangka penyanyinya adalah seorang “Lelaki”.

Khamis, 7 Mac 2013

MOHAMAD HANAFI YANG HINA POLIS & TENTERA KITA DI LAHAD DATU DIBONGKAR

Lagi seorang anak Melayu yang belajar di Universiti Teknologi Malaysia bersikap biadap sehingga mempersoalkan tindakan kerajaan mengangkat mangsa kekejaman pengganas Sulu sebagai wira dipersoal.
Kenapa anak muda sekarang bersikap begini, adakah ini juga salah Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Tun Razak?

BONGKAR!!! Jamalul Kiram III Bukan Sultan Sulu Sebenar - Waris Sultan Sulu



Pembongkaran oleh waris Sultan Sulu ini amat mengejutkan!! Jamalul Kiram III, yang mengaku sebagai Sultan Sulu dan pengikutnya menceroboh Sabah serta membunuh anggota polis Malaysia, tidak boleh menuntut gelaran yang sudah tidak wujud lagi itu, kata sumber yang tahu dengan mendalam sejarah dan salasilah keluarga berkenaan.

Sah! Anwar adalah Dalang Pencerobohan Di Sabah

                                                                         
                                                                      

                      Sah! Anwar adalah Dalang Pencerobohan Di Sabah

INI LAH PENGKHIANAT NEGARA YANG KERJA DIA MENJUAL MARUAH DIRI DAN NAK MENJAHANAMKAN NEGARA 











Khamis, 28 Februari 2013

(Gambar2) Bongkar Penyebab Jambatan Di Putrajaya Runtuh


Runtuhan ini dikatakan berlaku kerana paip yang pecah. 



Satu kejadian jambatan runtuh baru sahaja berlaku sebentar tadi di laluan Putrajaya Link selepas Plaza Tol Putrajaya Lebuhraya Elite berhampiran Selangor Science Park 2.


Adverlets Banner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...