Blogger Widgets

Selasa, 14 Oktober 2014

LUAHAN HATI MANGSA DIANIAYA BANK ISLAM


Wang gaji dikumpul dan disimpan dalam sebuah bank yang menggunakan nama Islam akhirnya hilang begitu sahaja tanpa sebarang penjelasan yang kukuh dari pihak bank.

Mangsa, Erman Syah Abdul Hamid, tidak dapat menerima hakikat bahawa wang yang dimasukkan dalam akaun Bank Islam itu dikumpulnya sejak beberapa tahun yang lalu untuk perbelanjaan di Tanah Suci. 

Baca luahan hati mangsa penipuan Bank Islam yang menganiaya pelanggannya di bawah:

Bank Islam - Bukan Bank Pilihan Saya

Sebagai seorang pengguna beragama Islam, saya amat berbesar hati dan teruja menjadi pelanggan sebuah bank yang mempunyai perkataan "Islam" pada namanya. Mesti gah dan tidak menyusahkan pelanggan dan serba-serbinya baik berbanding bank lain yang belum tentu 'shariah-compliant'.

Tetapi apa ada pada nama? Bukan sedikit orang atau organisasi meletakkan perkataan Islam pada nama organisasi mereka tetapi menjadi topeng untuk melariskan bisnes mereka.

Pertengahan tahun ini, saya membuka akaun semasa di Bank Islam setelah mempunyai akaun simpanan dan akaun pembiayaan peribadi sejak beberapa tahun lepas. Barulah tembelang Bank Islam terbongkar. Cek berjumlah 5 digit, hasil kerjaya selama setahun tanpa dipastikan sebabnya telah 'hilang'.

Pelik., setelah kira-kira 3 minggu cek dimasukkan, tiada panggilan dari bank diterima menyatakan cek bermasalah. Jadi, saya dengan yakin mengeluarkan cek persendirian tidak melebihi amaun yang ada di dalam akaun simpanan. Alangkah terperanjatnya kedua-dua cek saya adalah cek tendang!

Bank Islam bila dihubungi bermati-matian menyatakan saya tidak memasukkan cek ke Bank Islam. Hanya setelah saya memeriksa dengan syarikat pengeluar cek, menyatakan cek sudah lama ditunaikan dan saya akan membuat aduan ke Bank Negara seandainya cek masih hilang, barulah menggelabah kakitangan bank menyatakan cek memang sudah ditunaikan tetapi tidak dimasukkan ke akaun saya.

Jawapan apakah ini? Jika saya ada bisnes besar tidak mungkin saya perasan kehilangan wang sebegitu kecil. Tetapi kerana kerjaya cuma makan gaji, maka apa yang diperolehi amat berharga.

Bukan itu sahaja bala dikurniakan oleh Bank Islam kepada pelanggannya. Saya ketika itu cuma menghitung hari untuk ke Tanah Suci. Dengan jelas dan terang saya memberitahu satu cek tersebut adalah untuk dimasukkan ke akaun simpanan saya supaya menjadi belanja di Tanah Suci. Tetapi bila di Tanah Suci, wang di dalam akaun cuma seratus lebih.

Dua bulan 'menghambat' bank Islam dan aduan ke Bank Negara sudah pun dibuat, saya meminta permintaan khas kerana kepayahan yang di'hadiah'kan kepada saya ini, kurangkanlah faedah ke atas pinjaman peribadi saya. Adakah kesusahan ini disebabkan kesilapan saya. Tetapi dengan angkuh dan tidak rasa bersalah, Bank Islam membalas email saya menyatakan kadar faedah pinjaman TIDAK DAPAT dikurangkan. Malah dicadangkan membuat pinjaman lagi dengan Bank Islam.

Jadi ... SEGALA KESUSAHAN YANG DITERIMA OLEH SAYA KERANA KESILAPAN BANK ISLAM ADALAH PERCUMA??????
Untuk sahabat yang membaca status ini, jadikan iktibar. Dewasa ini, perkataan ISLAM didalam organisasi adakalanya cuma pelaris bisnes, semangat ISLAM tidak dijiwai dan diterapkan. Janji untung, agama boleh dijual-beli.

Jika tidak keberatan, mohon SHARE dan VIRALkan.

Jika rasa tidak perlu, saya tidak memaksa. Saya berharap anda semua mengambil iktibar....

Kredit Erman Syah


Bagaimanapun, mangsa telahpun mendapat kembali wangnya yang 'dihilangkan' oleh tersebut. Itupun setelah didesak berulang-ulang kali. 

"Saya dah serik berurusan dgn Bank Islam Lisa. Tak sangka nama Islam tp perangai Yahudi. Dan takde faedah berlembut juga memandangkan seantero Malaya ni ada masalah dgn Bank Islam. Saya akan bayar segala hutang-piutang tg saya akan pastikan kawan2 saya tak tertipu dgn kulit Islam bank Islam ni." katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adverlets Banner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...