Kali ini kami ingin kongsikan satu kisah dari sebuah blog perihal seorang pengguna facebook, ARieda Akhtar U’waisyah telah memuat naik gambar dan caption yang pasti menyentuh hati pembaca sekalian. Kisah seorang bapa ini pasti mampu membuat anda menangis.
Baca kisah ini di bawah:
Coretan semalam..tersua dan lunch dgn hamba Allah ini merupakan bapa muda awal 30an…membawa anak kecil lelaki umur 3 bulan di bawah panas terik matahari.Sejak 2 minggu lalu berjalan hampir 2km setiap hari sambil membawa anak kecilnya itu ke sebuah pasaraya tempat kerja si isteri untuk menghantar makanan yg dimasaknya sendiri di bilik yg disewa rm300 sebulan.Baru sahaja berhenti kerja sebagai pengawal keselamatan untuk sementara bagi menjaga anak sementara si isteri tak melepaskan tawaran kerja yg terpaksa diambil.Dah lama tak makan nasi berlauk katanya sambil menghirup semahunya milo ais yg dipesan,anak kecil tiba2 terjaga dan merengek minta susu yg dah habis,air kosong jadi penganti botol susu babynya..
Biasa tengahari buat jeput gandum@cekodok kat bilik n hantar bekalan pada isteri katanya. Kos tinggal di Bandaraya,sewa rumah yg tinggi,taska yg mahal,terasing dan berjauhan dari kampung halaman,sikap ingin berdikari yg lahir dari keluarga yg susah dan sebagainya memaksa dia dan isteri menyewa bilik dan melalui semua itu.
Tiada tanah,kereta,motor dan harta peninggalan dari orang tuanya.selesai makan,not hijau yg diberi diambil dengan gengaman salam yg kuat dan ucapan yg sayu,sambil mohon berlalu pergi dengan segera..mungkin ingin cepat mencari susu buat anak kecilnya sementara si ibu menyusu di mlm hari setelah usai kerja..
Sudah lama ku memerhatikannya mundar mandir membawa anak kecilnya itu..Ya Allah,nikmatMu terlalu luas Ya Allah…Rahmatmu didambakan setiap insani….Astagfirullah..ampunkan kami ya Allah…Permudahkan urusan hambamu ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan