Blogger Widgets

Rabu, 24 Julai 2013

Norman Hakim Tidak Terkejut Abby Nikah Lelaki Muda


Bekas suami kepada Abby Abadi iaitu Norman Hakim tidak terkejut dengan berita pernikahan wanita itu dengan sorang lelaki muda kerana sudah menghidu hubungan mereka lebih awal.
Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 37, berkata, disebabkan mengenali bekas isterinya itu yang penuh dengan kejutan, berita pernikahan tersebut diterimanya dengan baik.
“Sebenarnya saya dan isteri (Memey Suhaiza) pernah berjumpa dengan suami Abby sekarang sebelum mereka berkahwin dan kami seperti dapat mengagak jalinan perhubungan mereka yang nampak mesra.
“Tetapi Abby tak cakap apa-apa pun. Saya dan Memey hanya dengar sahaja berita ini dan tahu-tahu dia dah kahwin. Saya tidak terkejut dengan keputusannya memandangkan dia sering memberi kejutan dalam apa-apa perkara sekalipun.
“Kami terima pegangannya iaitu Allah didahulukan. Sebab itu mereka berkahwin dahulu, barulah dia selesaikan hal duniawi pula. Kami hanya doakan yang terbaik,” katanya.

Abby, 36 yang juga bekas anggota kumpulan Elite telah berkahwin dengan pemuda 12 tahun lebih muda daripadanya iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, pada 9 Julai lalu iaitu sehari sebelum menjelangnya bulan Ramadan.
Mereka dikatakan bertentang mata di sebuah pasar raya sebelum membuat keputusan untuk bernikah kira-kira dua minggu perkenalan.
Bagaimanapun Abby mahu merahsiakan lokasi pernikahan mereka atas sebab-sebab tertentu.
Tambah Norman, dia berharap agar perkahwinan itu juga tidak akan menimbulkan sebarang persoalan negatif kerana Abby mempunyai hak untuk melakukan apa sahaja demi kebaikan dirinya dan keluarga.
Dalam pada itu, bintang drama Tanah Merah itu juga berharap agar Farhan dapat membimbing Abby serta tiga orang anaknya (hasil perkahwinan Norman dengan Abby) iaitu Mohamed Danish Hakim,10, Marissa Dania Hakim,8, dan Maria Danisha Hakim, 5, dengan baik.
“Saya berasa lega dan syukur akhirnya Abby memiliki seorang suami selepas lima tahun sendirian bersama anak-anak. Ini semua hidayah Allah.
“Cuma saya harap Farhan dapat membimbing anak-anak ke jalan yang lebih baik. Moga mereka dapat membesarkan lagi keluarga ini,” ujarnya.
Abby sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Norman pada 8 Januari 2002 dan bercerai pada 18 September 2008.
Tidak lama selepas itu, Norman mendirikan rumah tangga dengan pelakon Memey Suhaiza pada 24 September 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adverlets Banner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...