Blogger Widgets

Rabu, 24 Julai 2013

Bobo Akui Di Ugut Dan Di Caci Kerana Video Parodi


Bobo Akui Di Ugut Dan Di Caci Kerana Video Parodi


Menurut Bobo, ramai orang awam yang membencinya sehingga dicaci dan diugut sehinga begitu sekali ketika dia berada di luar.

"Meskipun ada yang suka dengan cara saya berparodi di Youtube, tetapi sebenarnya ramai yang membenci saya disebabkan cara saya beraksi di dalam video itu. Mereka bukan sahaja membenci, malah mencaci saya di laman sosial dan sebagainya. Tidak kurang juga yang memaki saya di hadapan saya jika mereka terjumpa saya di tempat awam.

"Malah, saya juga pernah diugut oleh seseorang yang datang kepada saya supaya meminta saya berhenti melakukan parodi lagi, jika tidak dia mahu belasah saya. Saya tidak kenal dia dan nasib baik dia hanya bercakap dan ugut saya ketika itu sahaja, kemudian terus berlalu pergi dan sehingga kini tidak pula ada sebarang perkara buruk berlaku kepada saya," katanya.

Bobo yang mula popular dengan video parodi lagu Sayang yang dinyanyikan oleh penyanyi Indonesia, Shae itu kini baru saja muncul dengan parodi terbaru iaitu 'Budak Couple 1 Minggu'.

Sungguh pun mendapat pelbagai tohmahan dan ugutan daripada video parodi yang dilakukannya, Bobo memberitahu dia tidak akan berhenti untuk melakukan video parodi di Youtube kerana dia percaya semakin ramai yang membenci, semakin ramai yang menonton vdieonya itu.

"Saya tidak kisah berapa ramai pun orang mahu membenci saya, biarpun dimaki dan diugut, namun saya tetap akan terus membuat video parodi kerana itu hobi saya dikala saya sunyi dan bosan.

"Lagipun, saya yakin, bila ramai yang membenci saya, ramai pula yang menonton dan memuat naik video saya di laman sosial seperti Facebook," luahnya lagi.

Bobo yang baru sahaja menandatangani kontrak untuk bernaung di bawah syarikat MIG pada bulan Mei baru-baru ini berkata, dia kini mahu meluaskan bakat yang dia ada di dalam bidang lakonan.

"Saya gembira terima tawaran untuk menjadi anak dibawah naungan MIG kerana bagi saya tak salah kalau saya kembangkan lagi bakat yang saya ada. Malah, saya rasa kerjaya lakonan saya lebih teratur dan berjalan dengan lancar selepas berjaya membintangi Filem Awak Nak Kahwin Dengan Saya dan telemovie Bahulu Angkasa Raya di bawah terbitan MIG," jelasnya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adverlets Banner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...