Blogger Widgets

Jumaat, 26 April 2013

Kejam! Wanita Mengandung Ini Dibunuh Dan Di Belah Perutnya



MILWAUKEE, Amerika Syarikat - Sebuah mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak AS$1 juta (RM3.13 juta) ke atas seorang wanita, Annette Morales-Rodriguez yang berpura-pura mengandung sebelum menyerang dan membunuh seorang ibu yang sarat mengandung dengan menggunakan kayu pemukul besbol dan membelah perut mangsa dengan pisau untuk mengeluarkan bayinya.

Wanita yang mati itu, Maritza Ramirez-Cruz dan bayi yang dijangka dilahirkan pada minggu hadapan, mati dalam kejadian tersebut, menurut dokumen mahkamah yang difailkan kelmarin.


Morales-Rodriguez, 33, menghadapi tuduhan membunuh dengan sengaja tahap pertama dengan menggunakan senjata serta membunuh janin dengan menggunakan senjata. Morales-Rodriguez yang hadir ke mahkamah, berhadapan hukuman mandatori penjara seumur hidup jika didapati bersalah. 

"Saya tidak tahu apa yang berada di dalam fikirannya," kata Maria Garcia, 44, yang tinggal berjiran dengannya.

Menurut laporan siasatan, Morales-Rodriguez memberitahu teman lelakinya mahu mempunyai anak tetapi dia tidak mengandung. Wanita itu kemudian berpura-pura hamil dan apabila jangkaan kelahiran palsunya semakin dekat dia mencari wanita hamil. Morales-Rodriguez kemudian mencari wanita yang hamil dan menemui Ramirez-Cruz di sebuah pusat perlindungan.

Dia kemudian menawarkan Ramirez-Cruz menaiki keretanya dan berhenti di rumahnya dengan alasan untuk menukar kasut pada Khamis lalu. Morales-Rodriguez kemudian bertindak membunuh Ramirez Cruz dengan kayu besbol sebelum membelah perutnya dengan tujuan untuk mengambil bayinya untuk dijadikan anaknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adverlets Banner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...